nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRK Jepak : 22,731 pengundi pilih ADUN baharu hari ini

4 NOV : Seramai 22,731 pengundi akan menetukan pentadbiran di Jepak, sama ada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dapat mengekalkan penguasaan atau sebaliknya.

Kawasan DUN berkenaan mempunyai seramai 22,804 pengundi, namun 73 daripadanya sudah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pos.

Sebanyak 14 pusat mengundi membabitkan 45 saluran akan dibuka pada 7.30 pagi ini dengan 11 daripadanya ditutup pada 5.30 petang manakala tiga lagi pada 4 petang.

Sebelum ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 73 kertas undi pos kepada pemilih berdaftar yang layak termasuk 43 anggota dan pegawai polis bagi PRK berkenaan.

Tempoh kempen PRK Jepak berlangsung selama dua minggu sejak 21 Oktober lalu.

Dalam PRK kali ini, ia menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing.

Daripada 22,804 pengundi, lelaki merangkumi 50.7 peratus pengundi di kawasan Jepak iaitu seramai 11,559 orang manakala wanita pula seramai 11,245 orang.

Pecahan pengundi mengikut umur pula menyaksikan golongan berusia antara 21 hingga 29 tahun membentuk kumpulan terbesar iaitu seramai 4,952 orang.

Ia diikuti kumpulan pengundi berusia 30 hingga 39 tahun iaitu seramai 4,649 orang seterusnya yang berusia antara 40 hingga 49 tahun seramai 3,881 orang.

Pengundi berusia antara 50 hingga 59 tahun pula seramai 3,651 orang manakala yang berusia antara 60 hingga 69 tahun seramai 2,554 orang.

Pengundi muda berusia antara 18 hingga 20 orang pula seramai 1,615 orang, manakala yang berusia 70 hingga 79 tahun seramai 1,118 orang; pengundi 80 hingga 89 tahun seramai 273 orang manakala yang berusia 90 tahun ke atas adalah seramai 111 orang.

DUN Jepak wujud selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya dilaksanakan pada tahun 1996.

Sejak itu kawasan berkenaan diwakili Datuk Talib Zulpilip sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi buah pinggang, 15 September lalu.

Dalam enam pilihan raya sebelum ini, majoriti yang diperoleh Talib selaku calon parti pemerintah tidak pernah kurang daripada 3,000 undi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 1996, Talib memperoleh majoriti sebanyak 5,287 undi; 4,547 pada PRN 2001; 3,179 (PRN 2006); 3,128 (PRN 2011); 4,201 (PRN 2016) dan 4,243 undi (PRN 2021).

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, seramai 624 pegawai dan anggota polis bertanggungjawab memastikan kelancaran proses pengundian bagi PRK DUN Jepak hariini.

Menurutnya, walaupun tiada sebarang insiden berlaku sepanjang tempoh berkempen yang tamat pada jam 11.59 malam tadi, kawalan ketat akan dilaksanakan di lokasi-lokasi penting termasuk Dewan Suarah Bintulu yang menjadi pusat penjumlahan undi, malam ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.