nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mangsa banjir Selangor, Perak terus bertambah

8 NOV : Mangsa banjir di Selangor dan Perak terus mencatatkan peningkatan dengan 1,250 mangsa ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8.30 malam tadi.

Menurut laporan Bernama, jumlah mangsa banjir di SELANGOR meningkat kepada 792 orang daripada 200 keluarga berbanding 768 orang daripada 196 keluarga yang dilaporkan pagi tadi.

Laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan satu lagi PPS telah dibuka iaitu di Dewan Orang Ramai Dengkil, Sepang, menjadikan sebanyak 10 PPS beroperasi yang turut membabitkan daerah Hulu Langat, Petaling dan Kuala Langat.

Sementara itu, di laman web Public Infobanjir memaparkan paras air Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat melebihi paras amaran setakat 7.30 malam, walaupun cuaca tidak hujan.

Di PERAK, jumlah mangsa malam ini terus meningkat dengan 458 orang daripada 139 keluarga ditempatkan di empat PPS, berbanding 340 mangsa banjir daripada 99 keluarga pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan 162 mangsa daripada 50 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, manakala di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan menempatkan seramai 142 orang daripada 46 keluarga.

“Mangsa banjir di Kerian pula kekal 97 orang daripada 24 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga berlindung di PPS SK Alor Pongsu,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan paras air Sungai Bidor di Changkat Jong masih berada pada paras bahaya iaitu 4.29 meter (m), manakala Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang mencecah 13.46m.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.