nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dulu Bersatu tolak peruntukan akta lompat parti, akhirnya makan diri

10 NOV : Tindakan Bersatu menolak satu peruntukan dalam Akta Anti Lompat Parti membawa padah apabila apabila empat wakil rakyatnya berpaling tadah menyokong kerajaan.

Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan menteri dan wakil rakyat Bersatu ketika itu bersama kerajaan menolak cadangan asal dibawa Menteri Undang-Undang ketika itu, Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ia berkait klausa ‘wakil rakyat perlu mengosongkan kerusinya jika melanggar prinsip parti serta tidak mengikut pendirian parti di Parlimen’.

Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan berkata pemimpin Bersatu menentang klausa tersebut apabila ia pertama kali dibentangkan hingga ia dikeluarkan daripada rang undang-undang itu.

“Ironinya, bila dibawa ke jemaah menteri untuk dibincang draf ini, antara paling lantang menentang adalah Ahli Parlimen Bersatu, menteri-menteri Bersatu, iaitu mereka dari PN sekarang.

“Mungkin sebab mereka juga ada pengalaman melompat (parti). Ironinya menteri-menteri yang bantah draf asal kini jadi mangsa terhadap draf yang telah dipinda dan diluluskan,” katanya pada program Keluar Sekejap bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

Sehingga semalam, empat Ahli Parlimen Bersatu mengisytihar sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).

Pada Rabu lalu, Suhaili memaklumkan kawasannya sudah menerima peruntukan selepas menyatakan sokongan kepada pentadbiran Kerajaan Perpaduan

Mengulas lanjut, Khairy berkata Wan Junaidi dapat mengesan kelompongan dalam akta itu 

“Sekarang ini, ahli Parlimen ini (Bersatu) akan jadi ahli Parlimen zombie.

“Maknanya Bersatu tak boleh pecat, mereka tak boleh sertai BN-PH atau PN, dia hidup macam zombie dan akan dapat peruntukan,” katanya.

Semalam, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa undang-undang lompat parti sebagai cacat dan perlu dikaji semula kerana terdapat kelemahan yang boleh dieksploitasi parti politik.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.