nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Angka korban di Gaza kini lebih 11,000

11 NOV : Kementerian Kesihatan Palestin merekodkan angka kematian terkini di Gaza meningkat kepada 11,078 orang sejak serangan tercetus pada 7 Oktober lalu.
Jurucakap kementerian itu, Ashraf al-Qudra, berkata ia termasuk 4,506 kanak-kanak, 3,027 wanita, 678 warga emas dan 27,490 orang cedera.
Selain itu, katanya seramai 2,700 orang dilapor terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan 1,500 daripadanya ialah kanak-kanak.
“Pencerobohan Israel turut menyebabkan 198 pegawai perubatan mati dan 53 ambulans musnah.
“Israel menyasarkan 135 institusi kesihatan dan membuatkan 21 hospital dan 47 pusat kesihatan penjagaan primer tidak beroperasi,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus melaporkan kira-kira seorang kanak-kanak terbunuh secara purata setiap 10 minit di Semenanjung Gaza.
Beliau berkata, separuh daripada 36 hospital di Gaza dan dua pertiga daripada pusat penjagaan kesihatan utamanya tidak berfungsi dan terpaksa beroperasi di luar kemampuan mereka serta menggambarkan sistem penjagaan kesihatan di sana seperti ‘lumpuh’.
“Koridor hospital penuh dengan orang yang cedera, orang sakit dan orang mati.
“Bilik mayat melimpah, pembedahan tanpa bius dan puluhan ribu orang yang berlindung di hospital,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Israel (IDF), Richard Hecht menegaskan pihaknya tidak melakukan sebarang pengeboman ke atas hospital seperti yang didakwa.
Bagaimanapun, katanya pihaknya akan melakukan apa yang perlu jika Hamas melancarkan serangan dari kawasan hospital.
“Jika kami melihat anggota Hamas melancarkan serangan dari hospital, kami akan melakukan apa yang perlu.
“Kami menyedari sensitiviti ini mengebom hospital. Bagaimanapun jika kami melihat anggota-anggota Hamas ,kami akan membunuh mereka,” katanya pada Jumaat.
Terdahulu, pesawat Israel mengebom persekitaran Hospital Al-Shifa dan Hospital Kanak-kanak Al-Nasr di Semenanjung Gaza pada Jumaat.
Menurut laporan Agensi Berita Palestin, WAFA, Hospital Al-Shifa yang menempatkan ribuan pesakit dan penduduk yang mencari perlindungan di situ, menjadi sasaran peluru berpandu yang dilepaskan berselang-seli oleh pesawat Israel.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.