nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRK Parlimen Kemaman: Elak calon ‘payung terjun’

12 NOV : Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO digesa untuk tidak meletakkan  ‘calon payung terjun’ pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, 2 Disember ini.

Menjelaskan perkara itu, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kemaman, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, Terengganu mempunyai ramai pemimpin berwibawa yang boleh diketengahkan untuk menjadi calon khusunsya dalam kalangan anak muda.

“Jawatankuasa UMNO di peringkat bahagian Kemaman sudah menyenarai pendekkan calon untuk diputuskan MKT dan semua nama dicadangkan terdiri daripada pemimpin tempatan dan anak Terengganu,” katanya dilapor Berita Harian.

PRK Kemaman diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya negeri membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini, dan hari penamaan calon ditetapkan pada 18 November ini.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Nizam yang juga bekas Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Air Putih berkata, BN negeri belum bersedia untuk menerima calon daripada luar atau calon payung terjun.

Katanya, sejarah PRU di negeri ini membuktikan belum ada payung calon payung terjun memenangi kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Pengundi di peringkat akar umbi mahukan calon yang akan dipertaruhkan terdiri daripada kalangan tempatan atau sekurang-kurangnya anak Terengganu,” katanya.

Ketika mengulas jika calon payung terjun dipilih MKT untuk bertanding di Parlimen Kemaman, Wan Ahmad Nizam berkata, pimpinan tertinggi boleh menerima siapa sahaja calon, termasuk daripada luar, tetapi sukar diterima pengundi.

“Jika MKT tetap memutuskan meletakkan calon payung terjun, kita barisan pimpinan termasuk jentera pilihan raya perlu menggandakan usaha untuk berkempen.

“Tetapi secara peribadi kita tegaskan, calon payung terjun sukar diterima pengundi,” katanya.

Kelmarin, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan meletakkan calon langsung pada PRK Kemaman.

Pengerusi BN itu berkata, meletakkan calon langsung bukan perkara baharu kerana sudah dilakukan sejak dahulu bagi memastikan kemenangan parti.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.