nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Negara Islam digesa henti jual minyak, gas kepada Israel, sekutu

14 NOV : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa negara Islam pengeluar minyak menghentikan penjualan bekalan minyak dan gas kepada Israel dan sekutunya Amerika Syarikat (AS) serta Eropah.

Menurut Mahathir, langkah itu merupakan salah satu tekanan yang boleh diambil oleh negara Islam terhadap rejim zionis yang terus-terusan melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap rakyat Palestin.

“Allah SWT mengurniakan begitu banyak minyak kepada negara-negara Islam tetapi kita boleh nafikan bekalan agar mereka merasa kesannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Hentikan Sekatan Bantuan Kemanusiaan Dunia ke Gaza di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini.

Tegasnya selepas lebih sebulan pembunuhan itu berlangsung, kini bukan lagi masa untuk melaungkan retorik semata-mata, sebaliknya tindakan fizikal perlu diambil.

“Sesiapa sahaja boleh mengecam tetapi sebenarnya kita juga boleh melakukan sekatan ke atas mereka dengan seluruh dunia bersatu meneruskan inisiatif boikot produk negara-negara berkenaan,” katanya.

Menurut Mahathir, negara-negara yang mengecam pembunuhan beramai-ramai itu perlu bersatu.

“Berjaya atau tidak itu soal lain, ini salah satu tindakan yang boleh diambil. Mungkin kurang berkesan tetapi apabila ramai mengambil tindakan boikot, syarikat berkenaan akan bankrap,” katanya.

Selain itu, beliau turut menggesa Mesir membenarkan wanita dan kanak-kanak Palestin keluar menerusi sempadan Rafah bagi mendapatkan perlindungan sementara lelaki terus mempertahankan tanah air mereka.

“Saya rasa terkilan dan tidak berperikemanusiaan. Perlindungan itu sekurang-kurangnya memberi kelegaan kepada pelarian berkenaan.

“Justeru, saya harap negara-negara Islam di sekitar Palestin termasuk Mesir menerima sekurang-kurangnya pelarian wanita dan kanak-kanak untuk berlindung,” katanya.

Dalam pada itu, Mahathir juga mengecam tindakan AS yang menggunakan kuasa veto untuk menyekat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar pasukan pengaman.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.