nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PBB akhirnya luluskan gencatan kemanusiaan di Gaza

16 NOV : Setelah empat kali percubaan gagal, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akhirnya mencapai resolusi bagi menggesa gencatan kemanusiaan segera dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza.

Gencatan itu bagi membolehkan tempoh yang mencukupi untuk penghantaran bantuan kemanusiaan ke wilayah dikepung rejim zionis itu.

Majlis keselamatan menerima pakai resolusi yang juga menyeru pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan yang dipegang oleh Hamas.

Amerika Syarikat (AS), Rusia dan Britain yang merupakan kuasa veto majlis telah berkecuali daripada mengundi resolusi yang digubal  Malta itu sementara baki 12 ahli lain mengundi menyokong.

Rusia gagal dalam bidaan saat akhir untuk meminda resolusi bagi memasukkan gesaan untuk gencatan kemanusiaan segera yang membawa kepada pemberhentian permusuhan.

Kebuntuan majlis itu sebahagian besarnya tertumpu kepada sama ada mahu meminta gencatan kemanusiaan atau gencatan senjata.

Gencatan kemanusiaan biasanya dianggap kurang formal dan lebih pendek berbanding gencatan senjata yang perlu dipersetujui oleh pihak yang bertelagah.

AS telah menyokong idea gencatan kemanusiaan manakala Rusia telah mendesak gencatan senjata.

Sementara itu, Wakil Tetap Israel ke PBB, Gilad Erdan mendakwa resolusi itu tidak memberi sebarang makna selain disifatkan terpisah daripada realiti.

Erdan dengan tegas mempertahankan pendirian bahawa tindakan Israel melancarkan serangan di Gaza adalah mengikut undang-undang antarabangsa.

“Adalah malang Majlis Keselamatan berkenaan masih tidak berupaya mengutuk atau menyebut mengenai pembunuhan beramai-ramai yang dimulakan oleh Hamas sekali gus mendorong pada perang di Gaza,” kata Erdan dalam hantaran di media sosial.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.