nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia, Kanada bincang perkukuh perdagangan, pelaburan

18 NOV : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan bersama rakan sejawatnya dari Kanada, Justin Trudeau  di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC, pada Jumaat.

Anwar berkata perbincangan yang dilakukan atas permintaan Kanada itu berhubung kaedah bagi memperkukuh perdagangan selain pelaburan dua hala antara kedua-dua negara.

“Selain perdagangan dan pelaburan, perbincangan itu turut tertumpu kepada kerjasama dalam aspek keselamatan siber, pendidikan, tenaga dan perubahan iklim.

“Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Kanada pada 2022 berjumlah RM10.35 bilion, meningkat sebanyak 4.2 peratus berbanding RM9.93 bilion pada 2021,” kata Anwar menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Anwar turut memberitahu Putrajaya dan Ottawa meraikan hubungan diplomatik rasmi ke-66 pada tahun ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata  beliau dan Trudeau turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu Palestin.

Dalam pertemuan itu, Trudeau menegaskan terdapat keperluan untuk melindungi rakyat dan menangani krisis kemanusiaan itu.

Menurut Anwar, Trudeau turut menyokong penyelesaian dua negara sambil menggesa kebebasan Palestin.

“Kami bersetuju bahawa konflik pada masa ini perlu dijadikan peringatan kepada komuniti antarabangsa mengenai keperluan untuk menamatkan penjajahan Israel dan menghentikan kezaliman ke atas warga Palestin.

“Saya menegaskan terdapat keperluan untuk menangani punca konflik itu dan menamatkan penjajahan Israel selain menekankan bahawa Israel telah melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat Palestin sejak beberapa dekad lepas tanpa dikenakan hukuman dan terus membina dan meluaskan penempatan haram,” katanya.

Kedua-dua pemimpin turut bersetuju bahawa konflik pada masa ini perlu dijadikan peringatan kepada komuniti antarabangsa mengenai keperluan untuk menamatkan penjajahan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.