nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hakim tegur peguam ulas kes cabar Enakmen Syariah Kelantan

20 NOV : Peguam diingatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan yang bersifat menghasut susulan kes undang-undang syariah Kelantan yang dicabar di mahkamah 

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata kenyataan yang dibuat di luar mahkamah mengelirukan dan diputar-belit.

“Banyak pihak yang membicarakan mengenai kes ini di luar dan kenyataan yang dibuat adalah mengelirukan.

“Kami ingin mengingatkan peguam untuk tidak membincangkan mengenai kes ini di khalayak umum…Kenyataan bahawa Mahkamah Syariah akan berkubur di negara ini adalah tidak betul.

“Oleh itu kami mengingatkan semua pihak supaya menegakkan prinsip undang-undang dan tidak memainkan isu yang bersifat menghasut orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan pada pendengaran petisyen seorang peguam dan anaknya yang mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Menurut Tengku Maimun, isu dalam pendengaran petisyen berkenaan bukan soal melemahkan agama Islam dan mahkamah syariah sebaliknya ia berhubung isu kompetensi kerajaan negeri dalam menggubal undang-undang.

Terdahulu, peguam, Malik Imtiaz Sarwar mewakili pempetisyen membawa perhatian mahkamah terhadap kenyataan yang dibuat peguam mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Yusfarizal Yusoff.

Petisyen terbabit difailkan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nas­tasha Tengku Abdul Rahman memohon Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan supaya 20 seksyen kesalahan jenayah syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah.

Peruntukan itu termasuk Seksyen 11 (memusnahkan tempat ibadat), Seksyen 13 (menjual atau memberi anak kepada orang bukan Islam atau orang Islam yang keji akhlaknya) dan Seksyen 14 (liwat).

Peruntukan lain termasuk Seksyen 15 (hukuman liwat), Seksyen 16 (seks dengan mayat), Seksyen 17 (seks dengan bukan manusia) dan Seksyen 31 (gangguan seksual).

Panel akan mendengar hujahan pihak-pihak yang dinamakan sebagai sahabat mahkamah atau Amicus Curiae dalam prosiding yang bermula 17 Ogos lalu.

Mereka ialah Sisters In Islam (SIS); Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.