nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

2 bekas pegawai kanan MB Kedah didakwa kes rasuah REE

20 NOV : Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah didakwa atas pertuduhan meminta rasuah RM4 juta membabitkan kegiatan perlombongan unsur nadir bumi (REE), hari ini.

Tertuduh, Muhamad Sobri Osman, 63 mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Alor Setar, Rohatul Akmar Abdullah, lapor BH.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Sobri didakwa meminta suapan RM4 juta daripada John Abad Pe sebagai dorongan membantu syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd menjalankan usaha sama perlombongan REE melalui suatu Memorandum Persefaham (MoU) antara MBI Kedah dan syarikat terbabit.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Central Hotel Hatyai, Songkhla, Thailand pada 20 Mei lalu

Bagi pertuduhan kedua, Muhamad Sobri didakwa menerima bagi dirinya suapan wang tunai RM1 juta daripada John Abad Pe melalui Liyana Mamat sebagai dorongan membantu syarikat Kumpulan Perlombongan REE menjalankan usahasama  melalui MoU dengan MBI Kedah.

Berikutan itu, Muhamad Sobri didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksium 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.

Hakim membenarkan Muhamad Sobri diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin, menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat SPRM berdekatan setiap bulan.

Mahkamah menetapkan tarikh 22 Januari 2024 bagi proses serahan dokumen berkaitan kes.

Sementara di mahkamah berasingan, bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM400,000 membabitkan unsur nadir bumi (REE).

Mohamad Hilmi Abdul Wahab, 50 membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Suzana Hussin.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Hilmi meminta dan menerima suapan wang tunai masing-masing berjumlah RM250,000 serta RM150,000 daripada Pengarah Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd, Liana Mamat @ Khalid, 40.

Kedua-dua kesalahan rasuah sebagai dorongan kepada tertuduh selaku Setiausaha Politik Muhammad Sanusi untuk membantu Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd untuk mendapat kelulusan permohonan lesen perlombongan dan penjelajahan REE di Kedah.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan jika dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.