nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

22 sekolah di Terengganu tutup, Kelantan mula dilanda banjir

20 NOV : Sebanyak 22 sekolah di empat daerah di Terengganu terpaksa ditutup sementara akibat banjir selain dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) (Sektor Pengurusan Sekolah) Terengganu, Azman Othman @ Abdullah berkata jumlah itu melibatkan 13 sekolah yang dinaiki air manakala sembilan lagi dijadikan PPS.

“Sebanyak 10 sekolah yang dinaiki banjir iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman, SK Kubang Ikan, SK Pusat Kuala Ibai, SK Kedai Buluh, SK Losong dan SK Bukit Bayas.

“Ia juga melibatkan SK Kampung Bukit Chendering, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar, SMK Sultan Mansor dan Sekolah Menengah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malik.

“Selain itu, SK Bukit Puteri di Besut, SMK Padang Kemunting (Kuala Nerus) dan SMK Intan Zaharah (Dungun) juga dinaiki air,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan melawat PPS di Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus, hari ini. *Foto : Polis Terengganu

Mengulas lanjut, Azman berkata, empat sekolah yang dijadikan PPS di Kuala Terengganu ialah SK Chendering, SK Atas Tol, SK Pasir Panjang dan SK Gong Tok Nasek.

Dalam pada itu, empat sekolah di Kuala Nerus yang dijadikan PPS iaitu SK Bukit Tunggal, SK Bukit Nanas, SK Teluk Ketapang dan SK Tol Jembal manakala di Marang melibatkan SK Bukit Gasing.

Sehubungan itu, Azman berkata pihaknya mengesyorkan sekolah-sekolah yang terkesan dan dijadikan PPS untuk menempatkan mangsa banjir mengambil cuti bencana.

Sementara itu, Kelantan mula dilanda banjir dengan 17 mangsa daripada empat keluarga dipindahkan ke dua PPS di Pasir Puteh hari ini iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Raja dan dan SK Dalam Rhu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir di beberapa tempat di Kelantan dan Terengganu berterusan hingga malam ini.

*Foto : Facebook Hishamuddin Abdul Karim 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.