nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah ditubuhkan

21 NOV : Satu jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja akan ditubuhkan bagi mengangkat martabat Mahkamah Syariah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia juga bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui penelitian serta perbincangan dengan mufti dan semua pihak berkaitan bagi mendapatkan pandangan. 

Anwar berkata Majlis Raja-Raja juga memberi perkenan supaya jawatankuasa itu melakukan kajian dalam meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah terhadap umat Islam namun pada masa sama tidak memberi kesan kepada golongan bukan Islam.

“Setakat ini nama-nama individu yang menganggotai jawatankuasa khas ini sudah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja dan prosesnya mereka akan dan mesti berbincang dengan Majlis Agama Islam Negeri dan Kerajaan Negeri sebelum apa-apa perkara dimuktamadkan.

“Ada kaedah perlu dibincangkan kerana ada negeri agak keras, kurang setuju kalau kita langgar prinsip-prinsip yang disebutkan, namun apa sahaja cadangan jawatankuasa ini nanti, haruslah dimaklumkan kepada Majlis Raja-Raja,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Mohd Azizi Abu Naim (PN-Gua Musang) berhubung pendirian kerajaan terhadap notis petisyen difailkan dua wanita yang dilihat mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar (PH-Tambun) berkata usaha kerajaan dalam memperkasa Mahkamah Syariah melalui jawatankuasa yang ditubuhkan itu tetap diteruskan tanpa dipengaruhi keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung prosiding mencabar perlembagaan oleh dua wanita baru-baru ini. 

“Sebab itu kita ada jawatankuasa khas ini, untuk usaha selaraskan pelaksanaan undang-undang, bayangkan kalau negeri diberi ruang sewenang-wenangnya menggubal undang-undang, semua negeri buat dan atas itu juga nanti semua negeri ada percanggahan,” katanya. 

Beliau berkata sebarang cadangan pindaan dan penambahbaikan Mahkamah Syariah yang dikemukakan akan dimohon untuk mendapat perkenan Majlis Raja-Raja sebelum dibentangkan di Parlimen menerusi jawatankuasa khas itu.

“Rakyat harus diberi kefahaman yang betul mengenai kes itu kerana ia bukan berkaitan mencabar undang-undang Syariah, sebaliknya mencabar pertimbangan melibatkan kuasa negeri dalam Perlembagaan.

“Ada persepsi sebahagian umat Islam ini petisyen oleh dua wanita mencabar Syariah, kerana orang politik tunggang agama main isu ini, pada hal isunya bidang kuasa di mana-mana negeri boleh buat undang-undang, jadi jangan guna ruang ini untuk panaskan suhu politik dan sebar kebencian kononnya perdana menteri tak peduli hal Syariah Islam,” katanya.

Terdahulu, Nik Elin Zurina dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman mencabar 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 serta mahu mengisytiharkan peruntukan-peruntukan kesalahan dalam enakmen itu terbatal dan tidak sah.

Peruntukan itu termasuk Seksyen 11 (memusnahkan tempat ibadat), Seksyen 13 (menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam atau orang Islam yang keji akhlaknya) dan Seksyen 14 (liwat).

Peruntukan lain termasuk Seksyen 15 (hukuman liwat), Seksyen 16 (seks dengan mayat), Seksyen 17 (seks dengan bukan manusia) dan Seksyen 31 (gangguan seksual).

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan menegaskan isu dalam petisyen bagi mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 bukan bertujuan memburukkan agama Islam mahupun melemahkan kedudukan Mahkamah Syariah seperti yang diputarbelitkan pihak-pihak tertentu.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata petisyen tersebut hanya semata-mata berkaitan isu kompetensi Kerajaan Negeri Kelantan dalam menggubal undang-undang syariah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.