nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sokongan GPS antara faktor kestabilan Kerajaan Perpaduan

29 NOV: Sokongan kerajaan Sarawak iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) menjadi antara faktor kestabilan Kerajaan Perpaduan, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini mempunyai keyakinan untuk bercakap serta menerokai peralihan tenaga dan transformasi ekonomi baharu menerusi usaha kerjasama di antara dua kerajaan itu.

“Hari ini genap setahun Kerajaan Perpaduan dan kita mencapai dengan keyakinan, kita boleh bercakap tentang peralihan tenaga, transformasi digital, kerancakan ekonomi kerana kita sudah stabil dari segi politik, alhamdulilah.

“Meskipun kita mempunyai dua pertiga majoriti di Parlimen, tetapi saya ingin menyatakan bahawa saya tidak boleh mengabaikan fakta bahawa Premier Sarawak dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memainkan peranan penting dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala sempena perasmian program Global Muslim Business Forum (GMBF) edisi kedua di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Selasa.

Selain Premier Sarawak,Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari, majlis tersebut turut dihadiri Naib Presiden Indonesia Dr Ma’ruf Amin.

Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau tidak menafikan sewaktu beberapa bulan kerajaan didirikan, terdapat beberapa pergolakan kecil, namun kini mampu mengukuhkannya.

“Sudah tentu beberapa bulan pergolakan berlaki agak kecil, tetapi kini dari segi politik, Kerajaan Perpaduan stabil dengan mampu memberi tumpuan kepada ekonomi dan peralihan tenaga,” katanya.

Mengulas mengenai hubungan di antara Malaysia dan Indonesia, Anwar berkata Malaysia bertuah kerana mempunyai hubungan bersama republik berkenaan yang majoriti penduduknya beragama Islam .

Jelas beliau, kedua-dua negara perlu bekerjasama serta saling melengkapi dan bukannya bersaing secara agresif antara satu sama lain.

“Proses kerjasama sedemikian perlu disegerakan bagi memastikan negara Islam maju dan merapatkan jurang pembangunan dengan negara lain yang sudah maju lebih awal.

“Saya ingin mempercepat proses itu jika kita ingin mendapat manfaat dan tidak mahu ketinggalan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.