nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

3 maut, 2 cedera parah, 4 hilang dalam kejadian gudang runtuh

19 NOV : Tapak pembinaan sebuah gudang sebuah syarikat swasta berhampiran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Batu Maung, Bayan Lepas dilaporkan runtuh, malam tadi.

Tiga buruh binaan disahkan maut, dua cedera parah manakala empat lagi masih hilang.

Kesemua mangsa merupakan warga Bangladesh.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata sebelum kejadian terdapat 18 pekerja sedang bertugas namun sembilan daripada mereka keluar menunaikan solat.

“Ketika kejadian, sembilan pekerja sedang bekerja di bawah satu rasuk sepanjang 12 meter dan seberat 14 tan. Rasuk tersebut telah terjatuh dan terkena 14 rasuk yang lain lalu menimpa mangsa yang sedang bekerja di bawah.

“Setakat ini, tiga mangsa meninggal dunia yang mana dua maut di lokasi kejadian dan seorang meninggal di hospital. Dua lagi cedera parah manakala empat lagi dipercayai tertimbus dan belum ditemui,” katanya, lapor Sinar Harian.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Ts Zulfahmi Sutaji berkata operasi akan diteruskan sehingga kesemua mangsa ditemui.

“Kita menggunakan dua buah kren untuk keluarkan rasuk-rasuk bagi mengeluarkan mangsa. Rasuk tersebut terjatuh dari ketinggian 20 meter lalu menghempap mangsa yang sedang bekerja.

“Kami memerlukan jentera berat untuk mengalihkan rasuk selain mewujudkan kawasan kerja yang selamat. Kami akan bekerjasama dengan agensi lain sehingga semua mangsa dapat dikeluarkan dari lokasi kejadian,” katanya.

Katanya, pasukannya berdepan kesukaran untuk mengalih rasuk-rasuk yang terjatuh bagi mengeluarkan mangsa susulan struktur itu berat.

“Kesukaran kita setakat ini adalah mengalihkan struktur yang terjatuh kerana ia melibatkan struktur-struktur konkrit yang berat dan besar.

“Kerja ini memerlukan jentera mesin untuk mengangkat dan membersihkan kawasan supaya kepada pasukan penyelamat boleh akses kepada lokasi mangsa.

“Kita menggunakan kren dan menggunakan khidmat anjing pengesan jika dikhuatiri ada mangsa yang tidak dilaporkan. Kita akan teruskan operasi sehingga semua mangsa dikeluarkan,” katanya.

Foto: Ihsan bomba

Get real time updates directly on you device, subscribe now.