nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRK Kemaman perintis sistem pengurusan baharu SPR

2 DIS : Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman menjadi perintis sistem baharu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam usaha menambah baik sistem pilihan raya di negara ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata sistem pendigitalan yang kali pertama digunakan itu bagi memudahkan petugas SPR melaksanakan urusan berkaitan proses pilihan raya serta mempercepat keputusan pengundian diumumkan.

“Sistem baru ini kita akan beritahu kemudian kerana ini kali pertama kita meneliti semua maklumat itu dalam sistem kita dan lihat kelancaran dahulu, sebab sebelum ini pegawai pembimbing kita yang masukkan data-data, jadi ini kali pertama, kalau berjaya nanti insya-Allah (akan umum).

“Kita ada sistem yang baru ini, jadi insya-Allah kita akan tahu keputusan lebih awal tetapi dari segi undang-undang kena tunggu peti undi sampai ke pusat penjumlahan undi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga, hari ini.

Pada PRK kali ini, seramai 141,382 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat baharu dan 49 pusat mengundi dengan 244 saluran dibuka 8 pagi ini.

Ia membabitkan pusat mengundi di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kemasik, Kijal, Chukai dan Air Putih yang akan ditutup pada 6 petang ini sebaik tamat tempoh mengundi.

PRK Kemaman menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.