nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

20 peronda polis kejar Bezza sejauh 50km

5 DIS : Polis menahan dua individu selepas lebih 20 buah kereta peronda polis mengejar mereka kira-kira 50 kilometer selepas lari dari pemeriksaan di Jalan Utara, Petaling Jaya menghala ke Cyberjaya, semalam.

Kedua-dua suspek iaitu pemandu lelaki kereta jenis Perodua Bezza berumur 27 dan penumpang wanita berusia 21 tahun itu akhirnya ditahan di Bulatan Taman Tasik Cyberjaya, Sepang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata kejadian pada 1.42 pagi itu, sebanyak 28 buah kereta unit peronda polis dari empat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) iaitu IPD Sepang, IPD Serdang, IPD Subang Jaya dan IPD Petaling Jaya ditugaskan untuk mengekori suspek.

Beliau berkata dalam kejadian itu, seorang anggota daripada unit rondaan bermotosikal cedera akibat dirempuh, semasa cuba menahan kereta suspek di Jalan PJS 6/1 Sungei Way, Petaling Jaya.

“Hasil pemeriksaan lanjut dalam kereta suspek, polis menemukan sebilah pisau, sepasang gunting, sepasang sarung tangan, sebuah topi keledar, sekeping kad pengenalan individu lain dan empat keping kad debit,” katanya, lapor Bernama.

Mohd Fakhrudin berkata semakan rekod mendapati, pemandu lelaki itu mempunyai 11 rekod lampau iaitu enam melibatkan kesalahan jenayah, empat melibatkan kesalahan dadah dan satu rekod masih dikehendaki bersabit kesalahan samun berkumpulan dengan menggunakan senjata, manakala wanita itu pula tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Beliau berkata kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 279 Kanun Keseksaan, Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 28 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Mohd Fakhrudin berkata kes ini juga dirujuk ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dan disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahaya sehingga menganggu pengguna jalan raya yang lain.

“Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah serta mereka yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini, boleh menghubungi bilik gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.