nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bersatu patut risau PAS mahu jawatan Ketua Pembangkang

5 DIS : Kemenangan PAS di Pilihan Raya Kecil (RK) Parlimen Kemaman sepatutnya perlu dirisaukan Bersatu.

Ini kerana PAS didakwa sedang mengintai jawatan Ketua Pembangkang yang digalas oleh wakil Bersatu ketika ini, kata jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil.

Malah, Fahmi turut menafikan dakwaan bahawa kemenangan calon PAS dalam PRK Kemaman sebagai bukti referendum rakyat.

“Saya rasa PAS sedang memperjuangkan peranan sebagai (ketua) pemimpin pembangkang.

“Saya rasa sekarang ini, sejumlah Ahli Parlimen Bersatu sudah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri… dalam keadaan PRK Kemaman nampak seperti kemenangan untuk Pas dan bukan Perikatan Nasional (PN).

“… kerana logo yang digunakan bukan PN tetapi logo Pas. Malah semua Ahli Parlimen Bersatu, yang menang di Kelantan dan Terenganu mengangkat bendera Pas.

“Jadi saya rasa sekarang ini, kalau saya di pihak kerajaan kami tak risau. Saya rasa yang risau sekarang ialah Bersatu kerana jelas mungkin selepas ini Pas akan desak atau minta jawatan Ketua Pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Forum Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam: Menjadikannya Lebih Cekap Dan Berkesan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Bukit Kiara, hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan kemenangan  Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar Sabtu lalu membuktikan referendum rakyat terus berpihak kepada Perikatan Nasional (PN).

Mengulas lanjut, Fahmi berkata sekiranya PRK Kemaman itu referendum rakyat, maka perkara sama juga berlaku ketika Barisan Nasional (BN) yang menang di Pelangai, baru-baru ini.

Malah kata Menteri Komunikasi dan Digital itu, kekalahan BN di Kemaman bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Parlimen itu merupakan kubu kuat PAS.

“Bagaimana pula dengan Pelangai? Kerajaan Perpaduan menang di Pelangai. (Jadi) itu referendum tentang siapa?,” soalnya lagi.

Sabtu lalu, Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS menewaskan calon BN, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan majoriti 37,220 undi.

Ahmad Samsuri mendapat 64,998 undi, manakala Raja Mohamed Affandi mendapat 27,778 undi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.