nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pembangkang sokong PM tak langgar Akta Anti Lompat Parti

8 DIS : Tindakan Ahli Parlimen pembangkang menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan tidak melanggar peruntukan dalam Akta Antilompat Parti atau Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ini kerana semua ahli Parlimen hanya menyatakan sokongan tanpa keluar daripada parti politik mereka.

“Akta lompat parti itu bermaksud betul-betul lompat parti. Kalau kita baca perbahasan untuk mewujudkan Akta Anti Lompat Parti ini pada sesi-sesi lepas, penekanan lebih kepada meninggalkan parti yang dia bertanding atas tiket parti tersebut tetapi hari ini, mereka menyatakan bahawa mereka tidak meninggalkan parti, hanya memberi sokongan.

“Jadi apa yang kita lihat di sini ialah dia bukan lompat keluar parti, dia memberi sokongan dan kerajaan sudah dibentuk,” katanya dalam program Suara Anak MADANI.

Program yang turut menampilkan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil itu bersempena setahun penubuhan Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Anwar.

Dalam pada itu, Azalina berkata setiap parti masih berhak mengambil sebarang tindakan akibat pelanggaran disiplin kerana ia tertakluk pada keputusan parti masing-masing.

Mengulas lanjut, beliau berkata Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mempunyai peruntukan melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti dan ia berkuat kuasa pada 5 Oktober 2022 selepas diluluskan Dewan Rakyat pada 28 Julai tahun sama.

Pada masa sama, Azalina turut menafikan segala tuduhan yang dilempar oleh pembangkang termasuk kerajaan memberikan sogokan kepada Ahli Parlimen terbabit sekali gus melanggar akta berkenaan.

Terdahulu lima Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) iaitu Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) serta Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Azalina meminta ahli Parlimen pembangkang memberikan teguran atau kritikan lebih matang di Dewan Rakyat dan bukan hanya yang berkonsepkan kebencian atau ekstremis.

“Kita amalkan Sistem Westminster dan mempunyai Kabinet bayangan. Kalau kita tembak dari segi dasar, saya rasa ia lebih adil, afdal sebab contoh menteri komunikasi bayangan kata kalau kami kerajaan, kami tidak akan buat sedemikian.

“Ia lebih kepada perbincangan intelektual dan bagi saya, rakyat Malaysia ini golongan berakal dan mereka boleh memilih,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.