nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Johari galas amanah bersandar pengalaman luas

12 DIS : Menteri Perladangan dan Komoditi yang baharu, Datuk Seri Johari Ghani menyifatkan kementerian yang diamanahkan kepadanya itu sebagai sebuah kementerian mencabar serta melibatkan pemikiran di luar kotak.

Bagaimanapun, beliau berikrar akan melakukan yang terbaik dengan bersandarkan pengalamannya sebagai sebagai ahli korporat selama 25 tahun.

Beliau yang juga Pengerusi Backbenchers turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan dan amanah yang diberikan untuk menerajui kementerian tersebut.

“Ia adalah sebuah kementerian yang mencabar dan banyak perkara yang melibatkan pemikiran di luar kotak dalam menghadapi cabaran masa depan.

“Bersandarkan pengalaman yang saya miliki, InsyaAllah, saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk negara,” katanya, lapor Utusan.

Menurut Johari, perkara pertama yang akan dilakukannya sebaik melapor diri di kementerian tersebut adalah untuk mendapatkan taklimat menyeluruh daripada semua agensi di bawahnya terlebih dahulu.

Pagi tadi, Anwar mengumumkan pelantikan Johari sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi yang baharu menggantikan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof yang memegang portfolio itu sebelum ini.

Johari merupakan Menteri Kewangan II semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari Jun 2016 sehingga peralihan dalam kerajaan pada Mei 2018.

Beliau juga merupakan pengerusi pasukan petugas untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sejak Mac 2023 dan Ahli Parlimen bagi Titiwangsa dari Mei 2013 hingga Mei 2018 dan dipilih semula sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa sejak November 2022.

Dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) beliau dicalonkan semula oleh BN untuk bertanding dan berjaya untuk penggal kedua selepas mengalahkan Khalid Abdul Samad (Pakatan Harapan) dengan majoriti 4,632 undi.

Selain itu, Johari turut menganggotai Majlis Ekonomi Malaysia yang dipengerusikan perdana menteri.

Majlis ini antara lain bertanggungjawab merangka strategi untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara melalui pelaburan langsung asing dan domestik serta memantau dan menganalisis arah aliran pembangunan ekonomi global dan domestik.

Johari ialah seorang akauntan bertauliah yang berkelayakan dan Felo Persatuan
Akauntan Berkanun Bertauliah dan memulakan kerjayanya di firma perakaunan antarabangsa, Peat Marwick & Co (kini sebahagian daripada KPMG) sebagai juruaudit.

Selain itu, Johari bergiat aktif dalam dunia korporat selama lebih 25 tahun dan memegang beberapa jawatan kanan termasuk pengarah urusan dan pengerusi kumpulan di beberapa syarikat yang tersenarai dan tidak tersenarai di Bursa Malaysia.

Beliau juga pernah menjadi pengarah urusan syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri makanan segera, pembuatan dan pertanian.

*Foto : Jabatan Penerangan Malaysia

Get real time updates directly on you device, subscribe now.