nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hanya Razali tolak RUU Kawalan Produk Rokok

14 DIS : Datuk Razali Idris satu-satunya senator yang membantah Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 di Dewan Negara, hari ini.

Dalam perbahasannya, Razali berkata RUU berkenaan perlu disemak semula susulan pengguguran peruntukan yang menjadi topik hangat berkaitan mereka yang lahir pada  2007.

“Saya masih tidak memahami sebab peruntukan digugurkan berkaitan larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok kepada orang yang lahir pada 1 Januari 2007?

“Sangat jelas kita tidak ada upaya untuk menokhtahkan gejala merokok dan berkaitan bagi melahirkan generasi masa hadapan yang sihat, harmoni serta sejahtera dari segi fizikal juga mental,” katanya, lapor Sinar Harian.

Menurut Razali yang juga Ketua Penerangan Bersatu, jika RUU itu menguatkuasakan larangan penjualan produk kepada individu yang lahir pada 1 Januari 2007 maka ia membawa impak positif kepada pembentukan belia negara.

Katanya, kesan daripada pelaksanaan peruntukan itu dapat dilihat dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang yang mana belia pada ketika itu masih kuat dan sihat.

“Tahun 2022 diadakan saringan yang melibatkan 1.3 juta pelajar sekolah menengah dan hasil mendapati, lebih 43,000 pelajar terlibat dengan gejala merokok.

“Belum lagi pelajar sekolah rendah, malah 27,000 mati setiap tahun di Malaysia berpunca ambil tembakau.

“Jadi secara tegas saya nak beritahu masukkan semula empat peruntukan yang digugurkan itu, maka saya percaya generasi lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya tidak akan menimbulkan keresahan serta kos tinggi bagi rawatan kesihatan.

“Sebanyak RM369 juta diperlukan untuk kos rawatan rokok dan vape. Ia mungkin dapat dikurangkan kepada 70 hingga 80 peratus dan dapat digunakan untuk pembiayaan kos pembangunan yang lebih baik,” katanya.

RUU itu diluluskan di Dewan Negara hari ini dengan undian suara.

RUU yang dibentangkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad itu antaranya memperuntukkan larangan bagi menjual dan membeli produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau mengadakan apa-apa perkhidmatan untuk merokok kepada orang belum dewasa (OBD).

Ia juga menyaksikan pengguguran peruntukan berkaitan generasi penamat (GEG) iaitu larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok bagi orang yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.

RUU yang mengandungi Fasal 1 hingga 54 itu dibentang semula bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara semalam, sebelum dibentang untuk bacaan kali ketiga hari ini dan dibahas 22 Ahli Dewan Negara.

Persidangan Dewan Negara ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 12 hari sejak 27 November lepas yang menyaksikan sembilan RUU diluluskan.

Selain RUU yang dibawa Dr Dzulkefly itu, RUU lain yang diluluskan ialah Perbekalan 2024, Kewangan (No. 2) 2023, Syarikat (Pindaan) 2023, Makanan (Pindaan) 2023, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023, Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023, Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023 juga Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023.

Selain itu, tiga usul diluluskan iaitu kecaman terhadap kekejaman Zionis Israel ke atas Palestin, Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif serta penubuhan tiga jawatankuasa pilihan khas Dewan Negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.