nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dasar Pandang Ke Timur kini termasuk China

19 DIS : Malaysia akan menjadikan China sebagai contoh model pembangunan ekonomi dalam Dasar Pandang Ke Timur selepas tertumpu pada Jepun dan Korea Selatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perpaduan terbuka untuk menyemak semula dasar itu.

“Kita perlu terbuka untuk menyemak semula sebarang dasar yang sudah dilaksanakan selama 40 tahun,” katanya kepada Asahi Shimbun ketika ditemu bual di Tokyo pada 17 Disember, lapor Bernama.

Beliau merujuk kepada Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkan Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1982 bagi mempelajari strategi pemodenan ekonomi terutamanya dari Jepun dan Korea Selatan.

“Saya tidak akan kata ‘Timur’ (dalam dasar itu) bermaksud Jepun dan Korea Selatan tanpa China. Sekarang, apabila kita menyebut ‘Pandang ke Timur’ ia adalah Timur (termasuk China),” kata beliau seperti dipetik oleh akhbar Jepun itu.

Anwar berkata teknologi digital, keselamatan siber dan isu-isu lain sedang mengubah dunia dan Malaysia perlu mengembangkan dasar yang telah berusia puluhan tahun itu sambil memelihara aspek-aspek yang masih memberi manfaat.

Pemimpin itu melakukan lawatan kerja lima hari ke Tokyo mulai 15 Disember bagi menghadiri sidang kemuncak sempena ulang tahun ke-50 persahabatan dan kerjasama antara Jepun dan ASEAN.

Malaysia menyokong dasar luar yang ‘teguh dan bebas’ dan beliau berkata negara akan berurusan dengan China bergantung kepada kepentingan Malaysia.

Anwar berkata ketika beliau melawat Amerika Syarikat (semasa APEC 2023 baru-baru ini), beliau ditanya mengapa Malaysia terarah kepada China.

Beliau menjawab: “Kerana mereka melabur lebih banyak”.

Tetapi Anwar berkata Malaysia akan tetap tegas berunding dengan China berhubung pertikaian wilayah di Laut China Selatan dan tidak membenarkan sebarang tindakan sepihak oleh Beijing.

Beliau juga menyifatkan Jepun sebagai ‘rakan strategik yang sangat penting’, sambil menyatakan hubungan Malaysia dengan Jepun harus diperluas di bawah dasar Pandang Ke Timur seperti berkongsi etika dan teknologi Jepun.

Menurut Asahi Shimbun, Jepun pada 16 Disember mengumumkan akan menyediakan peralatan untuk aktiviti amaran dan pengawasan bernilai 400 juta yen (AS$2.82 juta), termasuk bot penyelamat dan dron kepada tentera Malaysia di bawah program bantuan keselamatan rasmi.

Anwar menekankan bahawa peralatan pertahanan itu untuk membantu Malaysia melindungi perairan wilayahnya dan ia tidak termasuk mana-mana kapal selam atau pesawat besar.

Menurut beliau lagi bantuan itu adalah untuk keperluan keselamatan.

Semasa lawatan itu, Malaysia dan Jepun meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.

Foto : SADIQ ASYRAF/ Pejabat Perdana Menteri

Get real time updates directly on you device, subscribe now.