nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

‘Sulaiman bukan saja peguam tapi sahabat saya’ : PM

19 DIS : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Sulaiman Abdullah yang meninggal dunia semalam sebagai sahabat akrabnya.

Katanya, Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 77 tahun itu ada bersama-samanya dan keluarga ketika berdepan cabaran getir sebelum ini.

“Saya terima khabar yang amat sedih bahawa mantan Presiden Majlis Peguam, Datuk Sulaiman Abdullah telah meninggal dunia semalam.

“Beliau tidak hanya seorang peguam, malah juga seorang sahabat yang akrab di mana beliau bersama saya dan keluarga di tahun-tahun lampau yang gelap dan getir,” katanya melalui catatan di Facebook, hari ini.

Menurutnya, Allahyarham merupakan seorang yang teguh berpegang kepada prinsip keadilan dan hak asasi manusia.

“Fikrah dan nurani Sulaiman yang teguh kepada prinsip keadilan dan hak asasi manusia tidak dapat disangkal sesiapa.

“Saya amat terkesan kerana menerima berita ini ketika masih di Tokyo, Jepun untuk lawatan kerja, mendoakan keluarganya diberi kecekalan yang ampuh, diampun segala dosanya serta diberi tempat istimewa di sisi Allah SWT,” katanya.

Perdana Menteri berada di Tokyo sejak 15 Disember bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun selain Sidang Kemuncak Komuniti Sifar Emisi Asia.

Allahyarham pernah menjadi Presiden Majlis Peguam Malaysia dari 2000 hingga 2001 selain banyak terlibat dalam kes-kes berprofil tinggi antaranya mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2018.

Selain itu, Allahyarham juga terlibat dalam pasukan pembelaan membabitkan kes Anwar serta krisis Perlembagaan Perak susulan penyingkiran bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin pada 2009.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.