nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sifar kemiskinan perlu kerjasama semua pihak

20 DIS : Semua pihak diseru berganding bahu dalam usaha mencapai sifar kemiskinan, tidak hanya dibebankan kepada kerajaan.

Demikian seruan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata semua pihak itu termasuk badan bukan kerajaan (NGO), tokoh individu, gerakan swadaya, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan entiti perniagaan.

“Peranan menoktahkan kemiskinan ini tidak hanya perlu dibebankan ke atas kerajaan sebaliknya kita semua bertanggungjawab untuk bekerjasama dalam menjayakannya.

“Golongan B40 yang rentan dan rapuh serta yang memerlukan pertolongan mesti dibantu agar mereka dapat keluar daripada belenggu kemiskinan lebih-lebih lagi golongan tersebut berisiko menghadapi tekanan emosi dan mental,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan setiausaha politiknya bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Mohd Razlan Muhamad Rafii pada majlis perasmian Kongres Menoktahkan Kemiskinan: Peranan Sektor Ketiga, hari ini.

Katanya, Inisiatif Pendapatan Rakyat yang dilaksana memberi kesan kepada penurunan jumlah isi rumah dalam kategori miskin tegar kepada 18,000 keluarga seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Jelasnya, kerajaan mewujudkan pelbagai insentif termasuk Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah, subsidi kepada pesawah dan pekebun kecil.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengusulkan agar gerakan koperasi negara perlu bergerak secara bersepadu menerusi pembentukan satu gabungan atau federasi untuk meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, ia merupakan penyumbang ketiga kepada ekonomi negara selepas sektor kerajaan dan swasta yang menyaksikan jumlah keanggotaan 7.3 juta dengan modal syer serta yuran terkumpul sebanyak RM16.5 bilion.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.