nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sekat kapal Israel: Hamas puji ketegasan Malaysia

21 DIS : Hamas memuji ketegasan Malaysia melarang kapal Israel berlabuh di mana-mana Pelabuhan negara.

Pada masa sama, Hamas menggesa negara Arab dan Islam lain mencontohi langkah berkenaan sebagai solidariti bersama Palestin yang dibantai Israel tanpa henti.

Wakil kanan Hamas, Osama Hamdan melahirkan penghargaan dengan pendirian kukuh kerajaan Malaysia itu dalam menyokong rakyat Palestin.

“Kami menghargai dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana menghalang kapal dengan bendera Israel berlabuh di pelabuhan mereka dan tidak membenarkan mana-mana kapal yang menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

“Kami menyeru negara Arab dan Islam lain untuk mengamalkan pendirian sama menyokong rakyat kami di Gaza, yang mempertahankan kebebasan dan kemerdekaan mereka, menghormati perintah antarabangsa,” katanya pada sidang media di Beirut.

Hamdan menggesa kesatuan sekerja global untuk menolak sebarang urusan dengan kapal Israel, tidak membekalkan barang atau bahan bakar serta makanan sama seperti pendirian Malaysia.

“Kami berdoa untuk roh syuhada kami, penyembuhan kepada yang sakit dan cedera serta segera memperoleh kemenangan,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan tegas melarang ZIM, kapal syarikat berpangkalan di Israel dan yang menggunakan bendera Israel daripada berlabuh di negara ini.

Menurut Anwar, Malaysia turut mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

Tegas Anwar, sekatan itu susulan tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.