nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Usman Nurmagomedov bebas, bayar denda 150,000 dirham UAE

19 NOV : Bintang seni bela diri campuran (MMA) Rusia merangkap sepupu kepada legenda UFC Khabib Nurmagomedov, Usman Nurmagomedov yang dikenakan hukuman penjara enam bulan kini dibebaskan daripada penjara di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Juara lightweight Professional Fighters League (PFL) itu dibuat selepas Mahkamah Jenayah Abu Dhabi memutuskan lapan individu yang terlibat dalam insiden pergaduhan dengan bekas juara UFC, Merab Dvalishvili hanya perlu membayar denda 150,000 dirham UAE (kira-kira RM170,000) setiap seorang.

Menurut laporan The Independent, Jabatan Kehakiman Abu Dhabi memaklumkan keputusan itu dibuat selepas kedua-dua pihak mencapai perdamaian dan menarik balik tuntutan masing-masing.

“Keputusan itu selaras dengan kerangka perundangan yang mengawal kes jenayah berkenaan, selain mengambil kira penyelesaian antara kedua-dua pihak serta penarikan balik tuntutan dan pertikaian yang timbul daripada insiden tersebut,” menurut jabatan tersebut dalam kenyataan.

Sebelum ini, enam individu didapati bersalah atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam, mencetuskan panik dan membahayakan nyawa orang lain, manakala dua lagi disabitkan kesalahan merakam serta menyebarkan video pergaduhan berkenaan.

Kesemua mereka pada asalnya dijatuhi hukuman penjara enam bulan, denda 300,000 dirham UAE serta perintah pengusiran selepas selesai menjalani hukuman.

Portal berita UAE, The National turut melaporkan Usman antara individu yang dibebaskan, manakala abangnya, Umar Nurmagomedov, dipercayai turut menerima keputusan sama.

Insiden itu berlaku di lobi sebuah hotel di Abu Dhabi pada 11 November lalu apabila Usman didakwa menghampiri Dvalishvili dari belakang sebelum menampar muka petarung Georgia itu.

Kejadian berkenaan mencetuskan pergelutan membabitkan kedua-dua petarung serta anggota pasukan masing-masing sehingga menyebabkan 10 individu ditahan.

Dvalishvili yang mengalami kecederaan pada muka turut ditahan sebelum dibebaskan beberapa hari kemudian.

Bagaimanapun, petarung itu kemudiannya merayu secara terbuka kepada pihak berkuasa UAE supaya membebaskan semua individu yang ditahan dan menyatakan tidak berhasrat meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka.

Perseteruan antara kedua-dua kem petarung itu dipercayai berakar daripada kekalahan Umar kepada Dvalishvili dalam pertarungan merebut kejuaraan bantamweight UFC 311 pada Januari 2025.

Ketegangan kembali memuncak beberapa bulan lalu apabila Dvalishvili dilaporkan terbabit dalam pertelingkahan dengan seorang anggota kem Umar ketika acara gusti Real American Freestyle (RAF) di Georgia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.