nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

DAP sedar syor Koo Ham berkait undang-undang syariah timbulkan polemik

29 DIS : Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyedari syor Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham berkait Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam menimbulkan polemik.

Tegasnya, DAP menghormati kebijaksanaan Sultan Selangor dalam membuat sebarang keputusan mengenai urusan Majlis Kebangsaan Hal-Ehwal Agama Islam (MKI).

“Saya amat sedar kenyataan Datuk Ngeh akan menimbulkan polemik kononnya DAP cuba mencampuri urusan agama Islam.

“Ini tidak benar sama sekali. DAP menghormati kebijaksanaan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam membuat sebarang keputusan mengenai urusan MKI,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen DAP itu mencadangkan pakar daripada masyarakat bukan Islam dilantik untuk membantu jawatankuasa itu.

Koo Ham berkata langkah itu bagi mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat.

Namun cadangan Koo Ham itu diselar Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyifatkan cadangan pemimpin DAP itu tidak berpijak di bumi yang nyata.

Mengulas lanjut, Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata cadangan Koo Ham itu adalah satu kekhilafan mengenai punca kuasa penubuhan jawatankuasa itu.

“Jawatankuasa tersebut ditubuhkan MKI yang dipengerusikan Sultan Selangor dan bertujuan untuk menasihati Majlis tersebut dengan cadangan-cadangan memperkasakan bidang tugas Mahkamah Syariah.

“Sebarang cadangan oleh jawatankuasa tersebut yang melibatkan sebarang pindaan undang-undang perlu dibawa ke jemaah menteri untuk proses penggubalan rang undang-undang seperti biasa.

“Perlu ditegaskan penubuhan jawatankuasa khas ini bukan ditentukan oleh jemaah menteri tetapi oleh MKI dan mereka melapor secara langsung kepada MKI,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan agar masyarakat bukan Islam tidak bimbang dalam perkara itu kerana sekiranya sebarang pindaan undang-undang yang melibatkan hak bukan Islam, ia perlu diperhalusi dan diputuskan oleh jemaah menteri dan seterusnya proses seperti biasa perlu dilaksanakan di Parlimen.

Dalam pada itu, beliau berkata DAP sentiasa komited terhadap prinsip hormat-menghormati antara satu sama lain dan keharmonian antara agama dan kaum yang merupakan tanggungjawab kita bersama.

“Marilah kita mengakhiri tahun 2023 ini dengan semangat yang harmoni dan menyumbang kepada Malaysia yang makmur dan sejahtera pada tahun 2024,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.