nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

5 isu berkait PADU diatasi segera

3 JAN : Lima isu berbangkit berkait Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang sudah dikenal pasti boleh diatasi segera.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, isu yang pertama adalah melibatkan nombor kad pengenalan digunakan untuk ‘override’ dan menukar kata laluan.

Menurut Rafizi, kelemahan dalam pengendalian authentication ini tidak ditemui semasa Security Posture Assessment (SPA), namun pasukannya sudah mengambil tindakan segera serta penyelesaian dilaksanakan dalam tempoh satu jam dan selesai semalam pada jam 9.15 malam.

“Kedua, pengguna boleh melangkaui keperluan e-KYC dan terus mengisi maklumat.

“Bagi melicinkan proses pengemaskinian individu, maklumat pengemaskinian boleh dilaksanakan sejurus log in (selepas daftar masuk) tanpa melalui proses e-KYC.

“e-KYC hanya dilaksanakan setelah pengemaskinian maklumat dilaksanakan dan individu ingin membuat pengesahan dan perakuan penghantaran profil.

“Sebarang maklumat yang diisi tanpa eKYC yang disahkan tidak akan diintegrasikan ke dalam PADU.

“Hanya maklumat yang dikemukakan dari pengguna yang telah berjaya pengesahan e-KYC dikira sah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Isu ketiga berkaitan nombor telefon yang sama boleh digunakan untuk mendaftar lebih daripada satu akaun di mana ia boleh digunakan sebanyak lima kali bagi memudahkan pendaftaran individu yang merupakan ahli isi rumah (18 tahun ke atas) atau ibu bapa yang tidak memiliki telefon untuk membuat pendaftaran akaun PADU.

Keempat, aduan melaporkan proses pengisian mereka tersekat semasa mengisi butiran isi rumah.

Rafizi menjelaskan, bagi tujuan pembentukan isi rumah, individu yang berada di bawah satu isi rumah perlu dimasukkan di bawah satu isi rumah bersama ahli yang lain termasuklah mereka yang berusia di bawah 18 tahun dan bukan warganegara.

“Bagi memastikan maklumat isi rumah terselaras, ketua isi rumah sahaja yang dibenarkan membuat pengemaskinian isi rumah.

“Perakuan bagi ahli isi rumah hanya boleh dibuat apabila ketua isi rumah telah selesai mengisi maklumat isi rumah masing-masing.

“Setiap individu digalakkan untuk mengisi bersama-sama isi rumah yang lain bagi memudahkan proses perakuan dilakukan dengan mudah,” katanya lagi.

Terakhir sekali berlaku masalah apabila medan data kosong selepas proses e-KYC.

Kata Rafizi, e-KYC merupakan proses pengesahan identiti pengguna maka pengguna perlu memastikan setiap maklumat yang dikemas kini perlu disimpan pada setiap variabel.

Menurutnya, setelah semua maklumat disimpan, pengguna perlu melaksanakan e-KYC bagi melaksanakan perakuan kepada maklumat yang sudah dikemas kini.

Setakat jam10 pagi tadi, 233,782 pengguna berjaya mendaftar di bawah sistem PADU sejak dilancarkan semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 118,115 atau 71 peratus pengguna berjaya melakukan proses e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital) iaitu memuat naik swafoto dan kad pengenalan untuk pendaftaran PADU.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.