nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anwar bertemu Hsien Loong esok, kukuh lagi hubungan Malaysia-Singapura

10 JAN : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong pada Khamis, lapor Bernama.

Pertemuan yang disifatkan sebagai satu lagi peristiwa penting dalam hubungan dua hala apabila kedua-dua pemimpin mengesahkan komitmen mereka dalam dua projek mega.

Kedua-dua pemimpin akan mempunyai jadual yang sibuk esok kerana mereka akan menghadiri dua majlis peringkat tinggi yang mempunyai kepentingan kepada kedua-dua negara.

Pada sebelah pagi, kedua-dua pemimpin dijadual melawat projek Sistem Transit Aliran (RTS LINK) di sini dan akan diberikan taklimat mengenai maklumat terkini kemajuan projek bernilai berbilion ringgit itu.

Link RTS ialah projek laluan kereta api ulang alik sepanjang kira-kira empat kilometer dengan dua stesen, satu di Bukit Chagar, Johor Bahru dan satu lagi di Woodlands North, Singapura.

MRT Corp dipertanggungjawabkan untuk membangunkan bahagian Malaysia sepanjang 2.7 kilometer bagi rangkaian rel dan struktur yang diperlukan dan operasi itu akan dijalankan secara bersama-sama dengan Prasarana Malaysia Bhd dan SMRT Corp Ltd dari Singapura.

Setelah siap kelak, RTS Link akan menjadi jambatan darat ketiga ke Singapura dan dijangka dapat mengurangkan lagi kesesakan teruk yang sentiasa dialami di Tambak Johor.

Selain RTS, Anwar dan Hsien Loong kemudiannya akan menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) antara Malaysia dan Singapura.

Idea penubuhan zon itu pertama kali dicetuskan oleh Menteri Ekonomi Malaysia Rafizi Ramli selepas pertemuan dengan kerajaan negeri Johor di Iskandar Puteri pada Mei tahun lepas dan dua bulan selepasnya (Julai) kedua-dua negara bersetuju untuk mengorak langkah lebih jauh dengan menubuhkan pasukan petugas khas untuk mengkaji daya maju penubuhan zon ekonomi khas tersebut.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengalu-alukan idea tersebut dan menyatakan bahawa ‘kejayaan’ zon ekonomi itu boleh membawa kepada pengembangan pesat seperti bandar Shenzhen di China yang berubah daripada sebuah bandar kecil berpenduduk kira-kira 300,000 orang kepada bandar raya metropolis antarabangsa berteknologi tinggi yang didiami lebih 17 juta orang selepas empat dekad.

Pada 2022, Johor dilaporkan menerima pelaburan asing bernilai RM70.6 bilion dalam pelbagai sektor.

Singapura yang merupakan pelabur asing kedua terbesar di negeri itu menyumbang kira-kira 70 peratus daripada jumlah pelaburan langsung asing (FDI) Johor dalam sektor pembuatan.

Justeru, pewujudan zon ekonomi baharu bukan sahaja akan mengukuhkan lagi aktiviti perdagangan dan perniagaan rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura tetapi juga bakal menjadi hab ekonomi menarik di rantau Asia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.