nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jentera BN jangan leka, sedia hadapi serangan peribadi

26 OKT : Jentera Barisan Nasional (BN) di Duyong dan Telok Mas diingatkan supaya bersiap siaga menghadapi kemungkinan serangan peribadi terhadap calon parti itu sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata taktik berkenaan mungkin digunakan pihak lawan apabila mereka gagal mencari kelemahan pentadbiran negeri untuk dibangkitkan.

Justeru, beliau mahu jentera parti memainkan peranan lebih aktif di media sosial bagi memastikan pengundi menerima maklumat yang tepat, selain tidak membiarkan serangan terhadap calon dan pemimpin BN tanpa respons.

“Mereka tidak dapat mencari ruang kesilapan kita mentadbir negeri,(maka) dia akan mencari masalah-masalah yang menjurus kepada penghinaan peribadi.

“Jadi orang Duyong, orang Telok Mas, jangan leka. Kita bela calon kita, kita bela pemimpin kita,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Kota Melaka di Bilik Gerakan BN Telok Mas, malam tadi.

Ab Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, kekuatan jentera di alam maya perlu digerakkan secara kolektif termasuk dengan mengikuti akaun media sosial calon BN di kedua-dua DUN berkenaan.

Menurutnya, perkongsian maklumat daripada sumber yang tepat penting bagi memastikan mesej parti dapat disampaikan kepada komuniti setempat dengan berkesan.

“Telefon pintar dan platform media sosial kini menjadi saluran penting dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat, justeru jentera parti perlu memanfaatkan medium berkenaan secara aktif,” katanya.

Semalam, BN mencalonkan semula Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem di Duyong dan Datuk Abdul Razak Abdul Rahman di Telok Mas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Oktober ini sebagai hari penamaan calon, 10 November bagi pengundian awal dan 14 November sebagai hari pengundian.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.