nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO Selangor bukan hanya bincang lantikan Ahli Majlis BN

20 JAN : UMNO Selangor berbincang soal tawaran Pakatan Harapan (PH) Selangor berkait pelantikan Ahli Majlis kepada Barisan Nasional (BN).

Selain itu, parti itu turut membincangkan beberapa perkara berbangkit dalam mesyuarat yang dipengerusikan Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Megat Zulkarnain yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata perkara lain turut dibincangkan termasuk pelantikan wakil BN dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan juga ketua kampung di negeri itu.

“Jadi saya tidak percaya dengan maklumat berdasarkan ‘sumber’ kerana UMNO ada sistem dan kaedah dan bincang dan bila berbincang kita putuskan dan kita tengok apa keputusan dicapai.

“Ini bukan soal ego, bukan soal tidak menyedari BN hanya ada dua kerusi di Selangor tetapi ini melibatkan soal prinsip parti yang mesti kita juga pertahankan,” katanya lapor Sinar Harian.

Dalam pada itu, Megat Zulkarnain turut kecewa dengan dakwaan BN Selangor tidak berjiwa besar selepas parti tersebut hanya menang dua kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.

“Ini merupakan satu tuduhan agak keras sedangkan kita tahu di Melaka mereka (PH) turut membuat tuntutan tidak wajar tetapi saya bangga kerajaan negeri Melaka tidak melantik lagi Ahli Majlis sampai sekarang.

“Penubuhan kerajaan negeri Melaka bukan terbentuk selepas PRN, BN menang (majoriti) tiga perempat dan mereka (PH) menuntut jauh lebih banyak daripada apa yang kita (BN Selangor) tuntut, kita bukan tuntut kita cadang…bincang,” katanya.

Megat Zulkarnain bagaimanapun tidak berkongsi jumlah tawaran diberikan PH Selangor dan berapa jumlah tuntutan diputuskan dalam perbincangan itu sebaliknya menyerahkan keputusan mesyuarat kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita semua akan berjumpa dan memaklumkan keputusan mesyuarat di peringkat perhubungan negeri kepada Presiden UMNO di Sepang pada Ahad ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.