nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pendudukan Israel di Gaza mesti ditamatkan

24 JAN : Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan penolakan rejim zionis terhadap penyelesaian dua negara untuk konflik Israel-Palestin sebagai ‘tidak boleh diterima’.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata penolakan serta penafian Israel terhadap hak rakyat Palestin untuk memiliki negara merdeka sepenuhnya hanya akan memanjangkan lagi konflik yang sudah pun meragut banyak nyawa.

Katanya, konflik itu kini menjadi ancaman besar kepada keamanan dan keselamatan global selain menyemarakkan lagi polarisasi serta semangat pejuang-pejuang di merata tempat.

Pada masa sama, beliau menggesa pengiktirafan sejagat diberikan kepada hak rakyat Palestin untuk membina negara mereka yang merdeka sepenuhnya.

“Pendudukan Israel mesti ditamatkan,” katanya pada mesyuarat peringkat tinggi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung isu yang membelenggu Asia Barat, semalam, lapor Agensi.

Majlis dibarisi 15 negara anggota itu telah lama mendukung visi ‘dua negara’ terbabit bersama sempadan yang selamat dan diiktiraf. Palestin mahu negaranya merangkumi Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Semenanjung Gaza, iaitu wilayah dirampas Israel pada 1967.

Minggu lalu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan berkeras mahu menguasai kawalan keselamatan ke atas semua kawasan di barat Sungai Jordan – meliputi wilayah-wilayah Palestin – dengan berkata: “Ia bercanggah dengan prinsip kedaulatan tetapi apa yang anda boleh lakukan.”

Guterres menekankan seluruh populasi Gaza sedang mengalami kemusnahan begitu pantas dan pada skala tidak sejajar dalam sejarah kebelakangan ini.

“Tiada apa pun yang boleh menjustifikasikan hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin itu,” katanya.

Sementara itu Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki, ketika berucap di UNSC menegaskan sudah tiba masanya untuk negara Palestin diterima masuk sebagai anggota penuh PBB.

Bagaimanapun, langkah itu memerlukan UNSC – di mana sekutu Israel, Amerika Syarikat (AS) memegang kuasa veto – membuat cadangan berkenaan kepada Perhimpunan Agung PBB yang dibarisi 193 negara anggota.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.