nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penganjur himpunan tak boleh ‘play victim’

24 JAN : Penganjur himpunan diingatkan agar tidak cuba bertindak seolah-olah mangsa keadaan apabila dipanggil polis sedangkan mereka sendiri tidak mematuhi undang-undang ditetapkan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penganjur himpunan ‘Selamatkan Tanah Air Kita, Suara Rakyat ke Istana Negara’ yang berlangsung semalam jelas tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 berikutan tiada sebarang pemakluman atau notis diserahkan kepada polis.

“Kalau tak maklumkan kepada polis maksudnya mereka tidak patuh kepada akta perhimpunan dan kalau itu mengundang tindakan oleh polis seumpamanya memanggil penganjur, penganjur tak boleh ‘play victim’.

“Ia disebabkan keengganan mereka sendiri untuk melakukan perkara paling asas iaitu memaklumkan tetapi itu tidak berlaku,” katanya pada sidang media, hari ini.

Semalam, kira-kira 1,000 peserta hadir pada perhimpunan tersebut yang dianjurkan oleh sekretariat Pembela Tanah Air (PETA).

Sekretariat tersebut yang mewakili tiga wakil gabungan badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun untuk menyerahkan memorandum yang dipercayai mengandungi pelbagai tuntutan membabitkan isu semasa negara ketika ini.

Antara yang hadir ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Syed Hassan Syed Ali.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata kementeriannya memandang serius insiden berkenaan yang mengheret sama institusi Istana menerusi perhimpunan yang tidak mendapat kebenaran.

“Aduan dibuat oleh pihak Istana Negara kerana institusi itu dikatakan memberi perkenan (untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong) dan ini adalah perbuatan mengheret sama institusi Istana dalam himpunan yang tidak pula dimaklumkan kepada polis dan itu mendorong pihak istana untuk membuat laporan.

“Jadi apabila satu himpunan yang melibatkan premis penting iaitu di luar kawasan Istana Negara dan berlaku pula pelanggaran undang-undang, seharusnya pihak berkenaan (penganjur) mengambil tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan,” ujarnya.

Menurut Saifuddin, sebanyak 78 perhimpunan aman yang dibenarkan sepanjang tahun lalu dengan jumlah sama kertas siasatan dibuka tanpa sebarang pertuduhan di mahkamah.

“Kalau ada lagi pihak yang mengatakan kebebasan bersuara disekat, kerajaan takut, tiada manusia yang akan percaya kerana mereka bebas membuat perhimpunan dan apabila disiasat, pendekatan yang dibuat lebih kepada memberikan nasihat dan teguran.

“Tetapi apabila ia sudah melampaui batas, seumpamanya mengheret sama nama istana, itu sudah sampai garis merah dan saya percaya polis akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.