nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Cuepacs tidak setuju kerajaan mansuh pencen

25 JAN : Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak bersetuju dengan keputusan terbaharu kerajaan yang memansuhkan skim pencen untuk penjawat awam baharu berstatus tetap.

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata pencen merupakan skim yang lebih menjamin kesejahteraan penjawat awam selepas bersara.

“Ketika ini penjawat awam dibenarkan membuat pilihan sama ada memilih skim berpencen ataupun caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tetapi kebanyakan mereka lebih memilih skim berpencen.

“Dengan skim gaji yang masih rendah dalam perkhidmatan awam ketika ini, caruman KWSP dilihat tidak membantu penjawat awam mempunyai simpanan hari tua yang baik selepas persaraan kelak

“Disebabkan itulah kebanyakan penjawat awam lebih memilih skim pencen kerana ia adalah keistimewaan yang terbaik kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelaksanaan pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak tidak berpencen bermula 1 Februari ini sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenalkan.

Penjawat awam baharu yang berstatus tetap tanpa pencen akan mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dalam kenyataan sama, Asnan berkata kerajaan sewajarnya mengadakan sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan sebelum membuat keputusan.

“Pandangan Cuepacs jelas, sekiranya kerajaan mahu melaksanakan sesuatu perkara perlulah berlandaskan prinsip tidak dikurangkan faedah semasa yang dinikmati oleh penjawat awam ketika ini.

“Kerajaan harus memastikan gaji yang diterima hari ini mampu memberi kesejahteraan hidup untuk penjawat awam dan dalam masa yang sama gaji ini mampu memberi simpanan untuk hari persaraan kelak,” katanya.

Menurutnya, sekiranya kerajaan tetap ingin menamatkan skim pencen ia boleh terpakai kepada lantikan politik yang layak menerima pencen ketika ini.

Katanya lagi, kerajaan sepatutnya mengkaji semula pemberian pencen kepada ahli politik jika mahu menjimatkan wang.

“Ketika ini ahli politik yang dipilih menjadi wakil rakyat membabitkan ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta dilantik ke dalam jawatan eksekutif seperti exco, menteri, timbalan menteri juga layak untuk menerima pencen.

“Pemansuhan pemberian pencen kepada golongan ini terlebih dahulu merupakan langkah yang tepat kerana kebanyakan mereka berkhidmat sekitar lima tahun sahaja,” katanya.

Jelasnya, wakil rakyat bukan sahaja menerima elaun serta peruntukan yang tinggi semasa berkhidmat malah memiliki pelbagai keistimewaan berbanding penjawat awam yang secara purata berkhidmat lebih 30 tahun.

Selain itu katanya, kerajaan perlu mengkaji kes mereka yang berkhidmat dalam waktu singkat namun masih menikmati faedah saraan yang agak selesa.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.