nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Laporan akhir SSPA siap dalam 2 bulan

6 FEB : Laporan akhir kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan diselesaikan dalam tempoh dua bulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa itu sebelum dibawa kepada jemaah menteri untuk pembentangan dan kelulusan.

“Bila ada masalah tubuh jawatankuasa, masalah tak selesai tubuh koordinasi jawatankuasa.

“Tak selesai juga super koordinasi jawatankuasa. Tak selesai juga jawatankuasa kementerian. Tak cukup Kabinet jawatankuasa dan PM pengerusi, tak selesai juga tukar PM (seloroh).

“Jadi saya tidak buat lagi dah. PM mempengerusikan dan kita muktamadkan saya ingat dalam dua bulan ini untuk dibentangkan kepada jemaah menteri sebelum kelulusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kwangan berkata perkara itu berdasarkan persetujuan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz untuk mempercepatkan proses berkenaan.

Bulan lalu dilaporkan, beliau menerima laporan interim kajian SSPA.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober tahun lalu, Anwar mengumumkan pelaksanaan SSPA akan dibuat sepenuhnya bermula 2025.

Bagi tujuan itu, kajian berhubung sistem saraan itu dijalankan secara menyeluruh, yang memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam.

Ia menerusi penggunaan teknologi dan kemahiran modal insan, prestasi penjawat awam dari aspek produktiviti yang mewajarkan gaji setimpal kepada penjawat awam, kesejahteraan penjawat awam dalam menangani kos sara hidup dan kemampanan fiskal negara dalam membiayai perbelanjaan berkaitan perkhidmatan awam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.