nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tumpu pengeluaran sawit bukan gula, Felda diberitahu

6 FEB : Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) perlu menumpukan usaha meningkatkan hasil pengeluaran minyak sawit di tanah seluas 800,000 hektar, bukannya menceburi bidang perniagaan lain di luar kepakarannya.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata Felda harus melihat ke arah menambah baik pengeluaran minyak sawit, yang menurutnya memerlukan pembaharuan yang ketara untuk dilaksanakan.

“Felda tidak sepatutnya melihat di luar industri sawit. Kita perlu fokus, dan tidak boleh terlibat dalam terlalu banyak perkara seperti pembuatan gula, memiliki hotel.

“Bukannya kita tidak boleh, tetapi kita hanya perlu berbuat demikian apabila Felda menjana wang,” katanya, lapor Dagang News.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Simposium Felda sempena Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, hari ini.

Johari berkata Felda akan menghadapi masalah besar jika tidak mengutamakan perniagaan terasnya, terutama jika organisasi itu masih mempunyai hutang.

“Akhirnya, Felda perlu menjual hotelnya, dan mencari pembeli untuk kemudahan pemprosesan gulanya.

“Itu bukan kepakaran Felda. Mereka pakar dalam minyak sawit dan Felda telah terbukti sebagai pengurus ladang kelapa sawit yang cekap.

“Felda adalah yang pertama memulakan industri sawit, tetapi syarikat lain datang kemudian dan menjadi juara…ini kerana kita (Felda) tidak menumpukan kepada industri ini,” katanya lagi.

Beliau juga berharap Felda dapat mengekalkan pengeluaran Buah Tandan Segar tahunannya pada 18 tan metrik sehektar, untuk muncul sebagai salah satu pengeluar minyak sawit terbesar di negara ini.

“Berbanding syarikat gergasi syarikat perladangan lain di negara ini, Felda masih ketinggalan.

“Sekiranya Felda mampu mencapai hasil sebanyak 18 tan metrik setahun dengan lebih 800,000 hektar tanah, Felda boleh menjadi pengeluar Minyak Sawit Mentah terbesar di negara ini,” tambah Johari.

Turut hadir Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.