nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

12,846 pengarah ayarikat, 179,719 individu disekat ke luar negara : LHDN

9 FEB : Seramai 12,846 pengarah syarikat dan 179,719 individu disekat daripada melakukan perjalanan ke luar negara kerana tunggakan cukai setakat 31 Disember lalu.

Sehubungan itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengingatkan pembayar cukai agar menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan terlebih dulu sebelum merancang percutian ke luar negara.

 “Untuk makluman, tindakan sekatan perjalanan mengikut Seksyen 104 dan 75A Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) dan Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (AKCHT 1976) adalah antara tindakan yang diambil oleh LHDN ke atas mana-mana individu yang tidak menjelaskan tunggakan cukai.

“Sehingga 31 Disember 2023, bilangan kes sekatan perjalanan membabitkan pengarah syarikat adalah sebanyak 12,846 kes manakala individu 179,719 kes,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas LHDN, pembayar cukai boleh melayari portal MyTax yang boleh dicapai melalui pautan https://mytax.hasil.gov.my/ untuk menyemak status semasa percukaian masing-masing.

Selain itu, mereka juga boleh membuat semakan status sekatan perjalanan di laman web Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di https://sspi.imi.gov.my/sspi/.

“Sekiranya pembayar cukai mempunyai rekod tunggakan cukai serta dikenakan tindakan sekatan perjalanan, mereka adalah dimohon untuk membuat bayaran atau menghubungi pejabat LHDN yang mengendalikan fail cukai mereka untuk tujuan rundingan bayaran ansuran bagi membolehkan mereka meneruskan perjalanan ke luar negara.

“Melalui pendekatan Awareness, Education, Services (AES) dalam pelaksanaan operasi percukaian, kita sentiasa terbuka dan komited untuk menjadi pemudahcara kepada pembayar cukai,” katanya.

Dalam pada itu, pembayar cukai dinasihatkan hadir ke pejabat LHDN bagi berbincang dan berunding dalam mencari penyelesaian terbaik jika berdepan masalah.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh diutarakan kepada Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100(Luar Negara); HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL melalui https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/

Get real time updates directly on you device, subscribe now.