nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia mulakan tindakan perundangan terhadap Israel di ICJ

20 FEB : Malaysia memulakan tindakan perundangan antarabangsa terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Malaysia memohon Pendapat Nasihat ICJ berkaitan kesan perundangan akibat dasar dan amalan Israel di Palestin termasuk di Baitulmaqdis Timur.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan diiringi Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dijadual menyampaikan kenyataan lisan Malaysia pada jam 12.10 tengah malam, Jumaat ini (waktu Malaysia).

Kata Mohamad, Malaysia menyertai prosedur Pendapat Nasihat itu bagi membantu ICJ meneliti persoalan perundangan dikemukakan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas turut menyertai prosiding bertulis dengan mengemukakan Kenyataan Bertulis kepada ICJ sebelum ini.

Katanya, prosiding itu susulan permohonan dibuat Perhimpunan Agung PBB dengan proses berkenaan berasaskan Resolusi 77/247 Perhimpunan Agung PBB yang diterima pakai pada 30 Disember 2022, berbeza dengan kes difailkan Afrika Selatan pada 29 Disember lalu.

“Pendapat Nasihat memberi impak perundangan dan tanggungjawab moral besar serta menyumbang kepada pemahaman dan pembangunan undang-undang antarabangsa yang boleh menjadi pemangkin keutuhan hubungan antara negara.

“Penyertaan di sesi pendengaran awam ini adalah pembabitan kali kedua Malaysia secara langsung dalam prosedur mendapatkan Pendapat Nasihat ICJ bagi menyokong Palestin.

“Malaysia pada 2004, sudah menyertai permohonan mendapatkan Pendapat Nasihat ICJ mengenai Kesan Perundangan Pembinaan Tembok di Wilayah Pendudukan Palestin, yang mana ICJ memutuskan tindakan Israel bertentangan undang-undang antarabangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas Mohamad, Perhimpunan Agung PBB sudah mengemukakan beberapa persoalan perundangan bagi ICJ memberikan pendapatnya, antaranya kesan perundangan akibat pencabulan berterusan oleh Israel terhadap hak rakyat Palestin bagi penentuan nasib sendiri.

“Penyertaan dalam prosedur Pendapat Nasihat ini melambangkan usaha bersepadu Malaysia di pelbagai platform antarabangsa, termasuk Majlis Keselamatan PBB, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan ASEAN bagi menyokong Palestin dan membawa Israel ke pengadilan.

“Sebagai negara yang lantang memperjuangkan isu Palestin, kehadiran Malaysia di ICJ adalah penting untuk berganding bahu bersama negara sepemikiran dalam mempertahankan isu kemanusiaan sejagat,” katanya.

Menurutnya, prosiding memohon Pendapat Nasihat itu juga selari kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa lantang mempertahankan hak rakyat Palestin di pelbagai platform antarabangsa.

Katanya, Anwar sentiasa menekankan tanggungjawab moral komuniti antarabangsa dalam menangani kekejaman dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin, terutama golongan wanita dan kanak-kanak.

“Malaysia kekal komited, berdasarkan kemampuan dan keupayaannya untuk mencari penyelesaian berkekalan kepada konflik Palestin-Israel di semua platform antarabangsa.

“Justeru, saya mengulangi pendirian teguh Malaysia bahawa rakyat Palestin berhak mendapat negara merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara, selain sentiasa meneruskan usaha memastikan Palestin diterima sebagai anggota penuh PBB,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.