nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia tegas Israel mesti berundur dari Palestin

23 FEB : Malaysia selesai menyampaikan hujah di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) malam tadi bagi membela Palestin yang terus ditindas dan diseksa rejim zionis.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mewakili negara berhujah dihadapan 15 panel hakim di The Hague, Belanda diiringi Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Prosiding di mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menyaksikan lebih 50 negara mengemukakan hujah sehingga Isnin depan.

Dalam hujahnya, Mohamad menyampaikan ketegasan Malaysia yang Israel mesti menghentikan pelanggaran berterusan sekali gus menghentikan semua dasar dan tindakan serta berundur serta-merta dari wilayah diduduki itu.

Katanya, Malaysia bertegas rakyat Palestin mempunyai hak untuk menentukan nasib sendiri seperti dinyatakan ICJ dalam Pendapat Nasihatnya.

“Kewujudan rakyat Palestin tidak lagi menjadi isu. Malaysia menekankan prinsip bahawa persoalan penentuan nasib sendiri bukanlah perkara dua hala antara negara.

“Ia merujuk kepada norma perundangan antarabangsa yang menghasilkan obligasi ‘erga omnes’ (hak dan obligasi kepada semua),” katanya.

Kata Mohamad, Malaysia juga bertegas PBB dan semua negara ada kepentingan undang-undang dalam prinsip perlindungan hak berkenaan, berdasarkan empat teras iaitu elemen substantif dalam hak untuk menentukan nasib sendiri.

Isnin lalu, Malaysia memulakan tindakan perundangan antarabangsa ke atas Israel dengan memohon Pendapat Nasihat ICJ berkaitan kesan perundangan akibat dasar dan amalan Tel Aviv di Palestin termasuk di Baitulmaqdis Timur.

Pendapat Nasihat adalah proses penting bagi memperoleh nasihat perundangan daripada ICJ, iaitu badan kehakiman PBB, selaras Artikel 96 Piagam PBB dan Artikel 65 Statut ICJ.

Katanya, gerakan Israel yang berusaha menubuh, memudah cara dan mengembangkan penempatan dalam wilayah diduduki dengan infrastruktur dan undang-undang diskriminasi, sama dengan cubaan penaklukan secara undang-undang dan hakikat.

Ini termasuk meroboh rumah, hadkan kebebasan termasuk sekatan, pengepungan dan pemindahan di Semenanjung Gaza, melanggar undang-undang kemanusiaan dan hak asasi antarabangsa.

“Pemindahan orang awam Israel ke wilayah yang diduduki adalah pelanggaran Artikel 49, perenggan 6, Konvensyen Geneva Keempat 1949 dan adalah satu jenayah perang mengikut Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa, melanggar integriti wilayah Palestin dan hak untuk menentukan nasib sendiri,” katanya.

“Ia juga melanggar perpaduan dan integriti rakyat Palestin. Dasar dan amalan merampas tanah untuk dijadikan penempatan, kawalan semua sumber air di Tebing Barat dan kawalan penyediaan air di Semenanjung Gaza, pemberian lesen untuk pengekstrakan minyak dan gas serta operasi kuari dalam wilayah diduduki turut melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.