nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Khatan di fasiliti berdaftar dengan KKM

22 FEB : Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan ibu bapa yang bercadang mengkhatankan anak pada musim cuti sekolah ini supaya melakukan prosedur tersebut di fasiliti yang berdaftar dengan KKM.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan berkata mereka juga perlu memastikan proses berkhatan dikendalikan pengendali dan pengamal perubatan berdaftar dengan KKM serta terlatih dalam menjalankan prosedur itu.

“Sekiranya ibu bapa ingin mengkhatankan anak di program anjuran yang dijalankan di luar fasiliti kesihatan, KKM menyarankan anak tersebut berumur tujuh tahun dan ke atas memandangkan mereka lebih matang dan bersedia secara mental, selain mempunyai keadaan fizikal atau anatomi zakar yang normal serta sesuai setelah menjalani pemeriksaan dan disahkan doktor sebelum berkhatan,” katanya, lapor Bernama.

Bagi kanak-kanak yang tidak memenuhi kriteria di atas, ibu bapa boleh mendapatkan nasihat doktor dan pakar perubatan di mana-mana fasiliti kesihatan berdekatan.

Dzulkefly berkata berdasarkan audit berkhatan bagi kanak-kanak lelaki yang dijalankan oleh KKM pada cuti persekolahan sepanjang tempoh 14 Disember hingga 1 Januari lepas, terdapat peningkatan bilangan kes rujukan ke hospital KKM bagi komplikasi selepas berkhatan.

Ia melibatkan komplikasi minor seperti pendarahan dan jangkitan kuman, manakala komplikasi major seperti kecederaan pada glans penis, keradangan melampau dan pemotongan kulit berlebihan yang memerlukan pembedahan semula.

Beliau turut menegaskan terdapat beberapa masalah kesihatan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak itu menjalani prosedur berkhatan di luar hospital termasuk fizikal zakar yang tidak normal dan anak berkeperluan khas.

Di samping itu, sekiranya anak tidak dapat memberikan kerjasama semasa prosedur dijalankan, ibu bapa dinasihatkan tidak meneruskan prosedur itu sebaliknya membawa mereka ke hospital berdekatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan selanjutnya.

“Bawa anak ke fasiliti kesihatan yang berdekatan sekiranya berlaku komplikasi selepas berkhatan seperti pendarahan, perubahan warna pada zakar atau kulit sekelilingnya, jangkitan kuman (seperti demam, sakit dan bernanah) dan tidak boleh membuang air kecil, serta apa jua kebimbangan yang dirasakan perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada pengamal perubatan,” katanya.

Pada ketika ini, beliau berkata bagi memastikan prosedur berkhatan yang dijalankan adalah selamat, KKM menubuhkan satu kumpulan kerja teknikal yang terdiri daripada pengamal perubatan kerajaan dan swasta bagi pemantauan aktiviti berkhatan.

KKM turut menjalankan latihan secara berterusan bagi pengamal perubatan dan menjalinkan kerjasama erat bersama pengamal perubatan swasta dan badan bukan kerajaan yang terlibat prosedur berkhatan.

Tegas Dr Dzulkefly, hanya pengamal perubatan di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta terlatih dan kompeten sahaja dibenarkan menjalankan prosedur itu dengan kaedah dan peralatan yang mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan.

Dalam pada itu katanya, penganjur program berkhatan di luar fasiliti kesihatan yang merancang untuk menganjurkan program berkhatan pada musim cuti persekolahan ini juga perlu memaklumkan kepada KKM.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.