nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pandangan PM berkait Gaza tarik perhatian media asing

12 MAC : Pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dalam lawatan rasmi ke Jerman terhadap situasi di Gaza menarik perhatian media asing.

Dalam sidang akhbar bersama Canselor Jerman Olaf Scholz di Berlin, Anwar dilaporkan oleh Agensi Anadolu (AA) mengkritik negara Barat kerana kurang bertindak terhadap kekejaman Israel di Gaza tetapi mereka mengecam Hamas.

Anwar seperti dilaporkan AA berkata, negara Barat seharusnya menghentikan sikap memilih-milih dan mempunyai perasaan yang bertentangan terhadap sesuatu.

“Apa yang saya tolak dengan keras ialah naratif ini, obsesi ini, macamlah semua masalah bermula dan berakhir pada 7 Oktober. Ia tidak bermula dengan 7 Oktober dan tidak berakhir dengan 7 Oktober. Ia bermula empat dekad sebelum itu, dan ia berterusan setiap hari,” katanya seperti yang dipetik AA, lapor Bernama.

Anwar dilaporkan berkata, dasar Israel terhadap Palestin yang berdekad-dekad lamanya dan kekejaman rejim itu adalah punca utama kepada konflik yang berterusan.

Konflik yang berterusan itu mengakibatkan korban dan kemusnahan yang ketara serta Israel menghadapi tuduhan melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Anwar seperti dilaporkan AA berkata, Malaysia mempunyai hubungan dengan sayap politik Hamas dan libat urus itu telah membantu mereka membangkitkan kebimbangan dalam kumpulan itu, termasuk keadaan tebusan.

Beliau juga menjelaskan, Malaysia tidak mempunyai hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas.

Sementara itu, Al Jazeera melaporkan Anwar mempertahankan hubungan Malaysia dengan sayap politik Hamas, sambil menambah beliau tidak akan memohon maaf di atas hubungan ini.

“Kami tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana saluran atau sayap ketenteraan, saya telah menjelaskan perkara ini kepada rakan-rakan sejawat saya di Eropah dan Amerika Syarikat,” katanya seperti mana dilaporkan.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.