nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRK KKB: Calon PH diputuskan dalam masa terdekat

9 APR : Pakatan Harapan (PH) akan memutuskan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) dalam masa terdekat.

Pengarah pilihan rayanya, Ng Sze Han berkata senarai calon akan dihantar ke pucuk pimpinan DAP sebelum dimuktamadkan PH pusat.

Beliau yang bercakap dalam satu kenyataan berkata, PH fokus untuk meneruskan kesinambungan perjuangan mendiang Lee Kee Hiong yang berkhidmat di DUN itu sejak sekian lama.

“Peranan dan pendekatan mendiang telah diterima baik dan selesa di segenap lapisan masyarakat di kawasan ini tanpa mengenal latar belakang dan ideologi, selari dengan semangat dan perjuangan DAP.

“DAP Selangor komited untuk meneruskan perkhidmatan kepada rakyat Kuala Kubu Bharu dengan dukungan penuh Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Sze Han yang juga Setiausaha DAP Selangor turut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan PH Selangor dan DAP yang memberikan kepercayaan kepadanya menjalankan amanah mengetuai jentera PRK tersebut.

Beliau diumum sebagai Pengarah PRK Kuala Kubu Baharu pada Ahad.PRK Kuala Kubu Baharu bakal berlangsung pada 11 Mei 2024 ini berikutan kematian Kee Hiong, 58 pada 21 Mac lalu selepas beberapa tahun menderita kanser.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.