nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tumpuan global pada Malaysia, muncul sebagai kuasa semikonduktor

12 APR : Industri semikonduktor Malaysia menjadi bualan ramai sejak kebelakangan ini apabila ia muncul sebagai kuasa semikonduktor baharu, dengan Pulau Pinang menjadi tumpuan global.

Forum Ekonomi Dunia (WEF) menyatakan di laman LinkedInnya bahawa Pulau Pinang memiliki pemain industri utama dari Eropah dan Amerika Syarikat, yang menubuhkan anak syarikat atau mengembangkan operasi sedia ada ketika mereka berusaha membina rantaian bekalan global baharu untuk komponen-komponen penting.

Semikonduktor juga dikenali sebagai mikrocip atau litar bersepadu, ia adalah komponen asas dunia digital hari ini,” katanya dalam video, hari ini, lapor Bernama.

Ia menyatakan terdapat lebih daripada 100 bilion semikonduktor digunakan setiap hari di seluruh dunia, tetapi rantaian bekalan semakin mudah terdedah kerana pembuatan semikonduktor sangat tertumpu.

Menurut WEF, Malaysia menjadi destinasi bagi mereka yang mencari pilihan baharu.

“Pada 2023, Pulau Pinang berjaya merekodkan USD12.8 bilion dalam pelaburan langsung asing. Jumlah yang melebihi daripada gabungan tujuh tahun sebelumnya, Intel sebagai contoh, telah melabur USD7 bilion (USD1 = RM4.76) dalam kilang baharu di Pulau Pinang,” katanya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang berkongsi video daripada WEF itu di Facebook beliau berkata kerajaan komited membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi, dan berinovasi.

“Dengan pelaburan bernilai tinggi daripada syarikat global, menghasilkan pekerjaan berpendapatan tinggi untuk lebih ramai rakyat.

Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap potensi setiap rakyat dalam prospek cerah untuk ekonomi kita dan masa depan kita bersama sebagai sebuah negara,” kata beliau.

Begitu juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz yang menyiarkan video WEF sama pada platform ‘X’ beliau, dengan kapsyen ‘Malaysia – Kuasa semikonduktor baharu’.

Selain WEF, media-media utama melaporkan Pulau Pinang sejak beberapa tahun kebelakangan ini memenangi pelaburan dalam sektor cip baharu daripada syarikat multinasional, termasuk Lam Research, Infineon Technologies, Texas Instruments, Micron Technology, Bosch, Advanced Semiconductor Engineering, dan Intel.

Menurut media antarabangsa, pelaburan itu mengukuhkan kedudukan Malaysia pada peringkat akhir rantaian bekalan semikonduktor, terutamanya pemasangan cip, ujian dan pembungkusan, iaitu ia menguasai 13% bahagian pasaran global dalam bidang-bidang berkenaan.

“Reka bentuk cip boleh menjadi bidang yang lebih menjanjikan untuk Malaysia berbanding fabrikasi. Beberapa syarikat tempatan, seperti Oppstar Technology sudah boleh menyediakan perkhidmatan reka bentuk untuk cip canggih.

“Malaysia mesti segera merebut peluang dalam reka bentuk cip untuk meningkatkan rantaian nilai semikonduktor apabila persaingan semakin sengit,” kata satu laporan.

Media antarabangsa juga menyatakan apabila Oppstar disenaraikan di bursa saham Malaysia tahun lepas, pelabur beramai-ramai mendapatkan tawaran awam permulaan walaupun aktiviti penyenaraian awam secara global adalah lemah dan ia terlebih langgan sebanyak 77 kali, mendorong harga saham naik 286% pada hari pertama dagangan.

Diasaskan pada 2014, Oppstar menghasilkan reka bentuk model transistor yang digunakan untuk cip daripada paras 20 nanometer dan ke bawah, sehingga kepada cip tiga nanometer yang paling canggih.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.