nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Titah diraja memang ada, saya sudah baca : Zahid

17 APR : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyokong dakwaan Datuk Seri Najib Razak kononnya wujud titah adendum (tambahan) agar beliau menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menyokong dakwaan itu menerusi afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April lalu, lapor Malaysiakini.

Beliau mendakwa dalam pertemuan di rumahnya pada 30 Januari lalu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz memaklumkan tentang kewujudan titah adendum tersebut yang bertarikh 29 Januari 2024.

“Saya sesungguhnya percaya bahawa untuk tempoh masa yang mencukupi saya melihat dan membaca titah adendum dan saya melihat dengan jelas semua kandungannya dan bahawa ia merupakan sebahagian daripada proses pengampunan pemohon (Najib) yang merupakan tambahan kepada titah utama, kedua-duanya bertarikh 29 Januari 2024.

“Justeru, saya dengan ini mengesahkan kewujudan titah adendum bertarikh 29 Januari 2024 yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Saya juga percaya selain saya dan Tengku Zafrul, anggota kerajaan yang lain telah melihat titah adendum tersebut. Secara khusus, saya sedar bahawa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail juga telah melihat salinan titah adendum dan boleh mengesahkan perkara yang sama,” kata Ahmad Zahid.

Pada 4 April lalu, Shafee memaklumkan seorang ‘saksi penting’ dijangka memfailkan afidavit bagi menyokong semakan kehakiman Najib yang juga bekas perdana menteri untuk menghabiskan baki tempoh hukuman penjara enam tahun dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta dengan tahanan di rumah.

Beliau memohon kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi pelaksanaan apa yang didakwa sebagai titah adendum (tambahan) Yang di-Pertuan Agong yang dikaitkan dengan keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara 12 tahun kepada enam tahun dan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta terhadapnya.

Pada 1 April lalu, Najib memfailkan permohonan semakan kehakiman ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang dalam kes rasuah SRC International.

Menurut afidavit sokongan yang dibuatnya, Najib mendakwa titah adendum (tambahan) dalam pengampunan diraja membenarkannya untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan di rumah.

Justeru, beliau memohon mahkamah mengarahkan menteri dalam negeri, peguam negara, Lembaga Pengampunan, kerajaan Persekutuan dan beberapa lagi responden untuk mengesahkan titah tersebut.

Dia turut memohon perintah mahkamah agar responden bukan sahaja mengesahkan perkara itu, tetapi ‘dengan serta-merta mengeluarkan pemohon daripada penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur, di mana pemohon akan meneruskan hukuman penjaranya di bawah tahanan di rumah’.

Beliau turut memohon perintah mandamus agar responden memberikan versi asal adendum diraja tersebut, kos dan apa-apa relif yang dirasakan sesuai oleh mahkamah.

Dalam afidavit sokongannya pula, Najib mendakwa haknya terjejas dan dilanggar oleh responden dengan mengabaikan pertanyaannya berkenaan dakwaan bahagian tambahan tersebut.

Dakwanya, tindakan responden mengabaikan permintaannya merupakan pelanggaran terhadap hak asasinya di bawah Perlembagaan Persekutuan, selain bersamaan dengan penghinaan kepada Agong.

Beliau turut mendakwa responden cuba menyembunyikan kewujudan bahagian tambahan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.