nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Negara Islam diseru tegas tuntut keadilan buat Palestin

30 APR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru negara-negara Islam untuk senada dan tegas dalam menuntut keadilan buat rakyat Palestin dengan memastikan Israel diheret ke muka pengadilan atas segala jenayah dan kezaliman dilakukan terhadap rakyat negara itu.

Anwar berkata pandangan itu disuarakan beliau ketika menghadap Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman di Istana Yamamah, sebelum menutup lawatannya ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).

“Di samping terus memperjuangkan hak perlindungan dan akses bantuan kemanusiaan, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin, yang menjadi punca utama konflik ini berpanjangan,” katanya dalam catatan di media sosialnya, lapor Bernama.

Anwar berada di Arab Saudi selama dua hari bagi menyertai Mesyuarat Khas WEF yang berakhir semalam, yang turut dihadiri lebih 1,000 peserta termasuk ketua-ketua negara dan kerajaan selain pemimpin perniagaan serta industri.

Anwar berkata, beliau turut mengambil kesempatan dalam pertemuan dengan Putera Mahkota itu untuk menzahirkan penghargaan terhadap kepemimpinan dipamerkan Kerajaan Arab Saudi dalam urusan hal ehwal umat Islam, termasuk dalam konflik Palestin-Israel.

Selain itu, Anwar berkata perbincangan beliau dengan Putera Mahkota Arab Saudi turut menyentuh soal hubungan dua hala Malaysia dan Arab Saudi serta isu-isu serantau.

“Penghargaan turut saya berikan kepada Kerajaan Arab Saudi yang bermurah hati memperuntukkan 31,600 kuota haji untuk Malaysia tahun ini.

“Di akhir pertemuan, saya mengulangi jemputan buat Putera Mahkota untuk melakukan kunjungan rasmi ke Malaysia sesegera mungkin,” katanya.

Anwar percaya lawatan beliau dan delegasi Malaysia kali ini telah memperkukuh lagi hubungan erat antara Malaysia dan Arab Saudi di samping membuka pelbagai potensi pelaburan yang bakal menyumbang kepada kemakmuran rakyat Malaysia keseluruhannya.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.