nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia minta AS beri sebahagian penalti dibayar Goldman Sachs

8 MEI : Kerajaan Amerika Syarikat (AS) digesa menyerahkan sebahagian denda dan penalti kepada Malaysia yang dibayar Goldman Sachs berkait kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi Pasukan Petugas Khas Pemulihan Aset 1MDB, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata Malaysia berhak menerima sedikit pampasan daripada AS$2.9 bilion yang dibayar bank itu kepada pihak berkuasa AS.

“Kami menghargai usaha kerajaan AS dalam pemulihan dan penghantaran pulang dana 1MDB, tetapi (jumlahnya) jauh kurang daripada AS$4.5 bilion yang dicuri daripada rakyat Malaysia.

“Bagaimanapun, (Malaysia) berada dalam keadaan yang tidak menguntungkan, berbanding Goldman Sachs,” katanya, lapor FMT.

Menurut Johari yang juga Menteri Perladangan Dan Komoditi bank pelaburan yang berpangkalan di New York itu akan dapat kembali menjalankan perniagaan seperti biasa namun Malaysia akan terus dibebani bayaran prinsipal dan faedah atas bon tersebut.

“Malaysia akan mengambil masa bertahun-tahun, jika bukan berdekad, untuk menyelesaikan hutang 1MDB, yang akan menggunakan wang pembayar cukai,” katanya.

Goldman Sachs terlibat mengatur penjualan bon 1MDB bernilai AS$6.5 bilion dan membenarkan AS$4.5 bilion diseleweng sambil memperoleh fi berjumlah AS$600 juta.

Kata Johari, jumlah penyelesaian yang dipersetujui antara Goldman Sachs dan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin empat tahun lalu tidak cukup bagi menampung kerugian disebabkan ‘kegiatan penipuan yang dibolehkan berlaku dengan bantuan Goldman Sachs’.

“Jumlah penalti AS$2.9 bilion yang dibayar oleh Goldman Sachs kepada kerajaan AS lebih daripada penyelesaian tunai AS$2.5 bilion yang dibayar kepada kerajaan Malaysia, tidak termasuk jaminan pemulangan aset AS$1.4 bilion dikaitkan dengan bon 1MDB yang masih dipertikaikan,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia akan terus menuntut tunggakan AS$1.4 bilion yang perlu dibayar bank itu menurut perjanjian penyelesaian.

Pada Isnin, Reuters melaporkan, kes jenayah oleh kerajaan AS terhadap Goldman Sachs ditamatkan secara rasmi selepas bank itu membayar penuh penalti AS$2.9 bilion.

Dua bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner dan Roger Ng telah didakwa dan disabitkan kesalahan atas peranan mereka dalam kes itu.

Ng, seorang rakyat Malaysia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun manakala Leissner sedang menunggu hukuman dijatuhkan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.