nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia sedia terus perkukuh hubungan dengan Singapura

10 MEI : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia untuk terus memperkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran bakal Perdana Menteri republik itu yang baharu, Lawrence Wong.

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, beliau berkata kesediaan Malaysia itu adalah sebagai menyambut baik harapan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang mahu melihat hubungan akrab kedua-dua negara terus mekar di bawah pentadbiran Lawrence.

Anwar berkata, harapan Singapura itu dizahirkan Hsien Loong semasa beliau menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya itu selepas merasmikan Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024.

“PM Lee memaklumkan secara rasmi akan menyerahkan tampuk pentadbiran kepada Lawrence Wong minggu depan dan menzahirkan harapan melihat hubungan akrab Malaysia-Singapura terus mekar di bawah kepemimpinan baharu negara itu.

“Saya sambut baik harapan PM Lee dan sedia untuk terus memperkukuh hubungan Malaysia dan Singapura di bawah pentadbiran Lawrence,” katanya, lapor Bernama.

Perdana menteri berkata, beliau juga sempat mengundang Hsien Loong dan isterinya, Ho Ching ke Malaysia dalam masa terdekat.

Anwar berkata, beliau dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail amat menghargai hubungan peribadi yang erat bersama Lee serta Ho Ching.

“Bicara kami dalam setiap pertemuan sentiasa berpaksikan sahabat kepada sahabat.

“Selamat maju jaya sahabat. Semoga masa depan yang cemerlang terus menanti Malaysia dan Singapura, insya-ALLAH,” katanya.

Lawrence, yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semasa Singapura, akan mengambil alih tugas Perdana Menteri daripada Hsien Loong pada 15 Mei ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.