nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia usaha bawa keluar pasukan perubatan terperangkap di Rafah

20 MEI : Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).

Wisma Putra berkata, ia ‘sedar dan amat prihatin’ mengenai keselamatan pasukan perubatan Malaysia yang terdiri daripada enam anggota di Rafah, Gaza sejak 1 Mei 2024, lapor Bernama.

Ia berkata, pasukan berkenaan daripada Pasukan Perubatan Kecemasan Mercy Malaysia merupakan sebahagian daripada delegasi perubatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke Rafah.

“Keselamatan pasukan itu adalah keutamaan utama kerajaan Malaysia,” kata Wisma Putra dalam kenyataan.

Wisma Putra berkata, kerajaan memulakan kerjasama dengan Qatar, berasaskan perbincangan baru-baru ini yang diketuai oleh Menteri Luar Mohamad Hasan mengenai usaha kemanusiaan bersama di Gaza dengan Menteri Negara untuk Kerjasama Antarabangsa Qatar, Lolwah Rashid Al-Khater.

Selain itu, kementerian berkata ia juga bekerjasama rapat dengan kerajaan Mesir dan Jordan untuk meneroka semua kemungkinan bagi pemindahan selamat pasukan itu dari zon konflik.

“Memandangkan keadaan yang tegang dan sangat tidak menentu, adalah penting operasi penyelamatan dijalankan dengan cekap dan lancar melalui saluran diplomatik,” katanya.

Disebabkan keadaan yang semakin meruncing di Rafah, Gaza, dan kawasan sekitarnya, kerajaan Malaysia menggesa semua rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang terlibat dengan badan bukan kerajaan (NGO), untuk mengelak daripada pergi ke zon konflik.

Nasihat ini mengulangi arahan yang dikeluarkan semasa mesyuarat antara agensi dengan NGO pada 16 Okt 2023 dan 23 Jan 2024 di Wisma Putra,” katanya.

Kementerian menegaskan komitmennya yang tidak berbelah bahagi untuk memastikan kepulangan selamat rakyat Malaysia.

Semua langkah yang perlu sedang diambil, dan kementerian akan terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa pasukan perubatan berkenaan pulang dengan selamat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.