nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Iktiraf Palestin: PM ucap tahniah kepada Ireland, Norway, Sepanyol

24 MEI : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kerajaan Ireland, Norway dan Sepanyol susulan tindakan ketiga-tiga negara itu mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Menurut Anwar, ketiga-tiga negara itu telah memilih untuk berada di landasan sejarah yang tepat serta berdiri tegak di jalur kemanusiaan dan prinsip keadilan.

“Niat murni negara-negara ini jelas terpacul saat diumumkan keputusan tersebut dan ini bukti nyata bahawa mereka memperaku hak rakyat Palestin kepada prinsip kedaulatan, maruah dan dalam menentukan nasib dan masa depan sendiri.

“Detik bersejarah ini menggerakkan dunia untuk lebih cepat mencapai dan memperteguh keamanan di benua Timur Tengah,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini

Terdahulu, Norway, Ireland dan Sepanyol mengumumkan keputusan untuk mengiktiraf Palestin.

Melalui laporan media, Ireland berkata Dublin akan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara namun tiada masa yang dinyatakan.

Sementara Norway dan Sepanyol akan mengkiktiraf Palestin mulai 28 Mei ini.

Sehubungan itu, Anwar menyeru negara-negara yang masih belum membuat keputusan serupa untuk memahami fakta bahawa dunia semakin celik kepada aspirasi dan perjuangan rakyat Palestin.

“Malah, usaha mereka dalam mencari dan menjelmakan keadilan tidak mampu tertahankan lagi.

“Ayuh bersama di garis ini dalam mengemudi sejarah lantas memungkinkan perubahan yang bermakna buat rakyat Palestin,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.