nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia pelbagaikan pasaran eksport depani tarif AS

5 APR : Malaysia sudah menyedari potensi kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap produk eksport negara.

Justeru itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan bertindak lebih awal dengan mempelbagaikan pasaran eksport.

Selain itu, Malaysia juga giat mengadakan perjanjian perdangan bebas (FTA) dengan pelbagai negara dan menandatangani Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (CEPA) dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE), awal tahun ini.

“Sebenarnya dari dulu pun kita dah sedar potensi kenaikan tarif ini. Sebab itulah kita cuba pelbagaikan pasaran eksport. Contohnya, tahun lepas eksport ke Kenya, Oman dan Namibia mencapai rekod baharu.

“Antara pasaran lain yang mencatat peningkatan besar ialah Angola dengan melonjak 59.3 peratus, Ethiopia melonjak 56.04 peratus, Mesir naik 53.06 peratus dan Algeria naik 27.09 peratus.

“Kita juga giat mengadakan perjanjian perdagangan bebas dengan pelbagai negara. Awal tahun ini, kita dah tandatangan CEPA dengan UAE. Kita juga sudah memulakan semula rundingan FTA dengan Kesatuan Eropah (EU) dan Korea, tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui satu klip video menjelaskan tentang langkah kerajaan dalam menghadapi gelombang tarif AS yang diumumkan Presiden Donald Trump.

Dalam video sama, Tengku Zafrul berkata ASEAN juga merupakan pasaran eksport yang berpotensi besar namun perdagangannya masih di bawah 25 peratus.

“Satu lagi pasaran eksport dengan potensi besar ialah ASEAN. Perdagangan dengan negara ASEAN masih rendah, di bawah 25 peratus.

“Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, antara fokus Malaysia ialah meningkatkan perdagangan antara negara ASEAN,” katanya.

Terdahulu, Trump mengumumkan tarif universal 10 peratus terhadap semua import negara itu dengan kadar lebih tinggi dikenakan terhadap negara Asia seperti Kemboja 49 peratus, Vietnam (46 peratus), China (34 peratus), masing-masing 24 peratus oleh Jepun dan Malaysia serta Singapura (10 peratus).

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata ekonomi tempatan merupakan sumber kekuatan sebenar Malaysia.

“Orang Malaysia masih kuat berbelanja iaitu lebih 60 peratus daripada ekonomi kita dipacu perbelanjaan dalam negara.

“Sebelum ini juga kita turut menubuhkan Pusat Pengurusan Geoekonomi Negara (NGCC) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merangka strategi komprehensif dalam menangani isu seperti ini.

“Pada masa yang sama kita akan teruskan rundingan dengan kerajaan AS untuk cari jalan penyelesaian menang-menang bagi kedua belah pihak.

“Yakinlah kerajaan akan sentiasa berusaha untuk memastikan kepentingan ekonomi Malaysia dan rakyat dilindungi sebaik mungkin,” katanya.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.