nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MCMC jalankan 1,257 ujian kualiti perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar

26 APR : Sebanyak 1,257 sesi pengujian standard mandatori dijalankan terhadap kualiti perkhidmatan (MSQoS) jalur lebar tanpa wayar di seluruh negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan pengujian itu dijalankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada suku pertama, tahun ini dengan 196 lokasi pengujian terletak di Sabah.

Dalam pada itu, katanya berdasar kepada pemantauan dan kawal selia yang dijalankan, 135 notis dikeluarkan kepada syarikat telekomunikasi tahun ini di bawah Subseksyen 51(2) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

“Tempoh 2023 dan 2024, sebanyak 46 penalti dengan jumlah kompaun keseluruhan sebanyak RM6.55 juta telah dikenakan kerana ketidakpatuhan kepada MSQoS,” katanya.

Fahmi berkata demikian selepas menghadiri pengujian liputan Pusat Pelancongan di Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok dan Rainforest Discovery Centre (RDC) Sepilok, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan memaklumkan, MCMC akan terus memantau dan mengawal selia.

Tegasnya, pihaknya tidak teragak-agak bertindak mengikut undang-undang bagi memastikan penyedia perkhidmatan patuh dengan keperluan standard liputan MSQoS sedia ada.

Selain itu katanya, MCMC juga bekerjasama rapat dengan pengendali rangkaian mudah alih dalam memastikan syarikat telekomunikasi di negara ini sentiasa berusaha menambah baik kualiti perkhidmatan rangkaian dan liputan.

“Semua penyedia perkhidmatan diminta untuk memberi perhatian serius dan pantas dalam menyelesaikan aduan-aduan yang dikemukakan oleh rakyat,” katanya. 

*Foto : Facebook Fahmi Fadzil

Get real time updates directly on you device, subscribe now.